Friday, 19 July 2013

QAM7461

Baru sebantar tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran QAM7461 memotong dengan merbahaya dari sebelah kanan.

Ketika kejadian, saya berada di laluan kiri dan dengan tiba-tiba kereta perodua viva tersebut memotong masuk ke laluan kiri dan saya hampir melanggarnya. Nasib baik saya sempat memperlahankan kereta saya dengan 'hard brake' dan mengelak ke tepi jalan. Saya juga sempat membunyikan horn ketika hampir melanggarnya.

Selepas kejadian, kereta tersebut terus memecut dengan laju melarikan diri dan saya bertekad mengejarnya sebab ingin tahu nombor pendaftarannya. Ketika saya cuba memotongnya dia masih lagi memecut laju sehingga hampir tiba di simpang Desa Senadin saya berjaya memotongnya. Setelah saya memotongnya dengan tiba-tiba keretanya bergerak perlahan dan saya meninggalkannya walaupun di dalam hati amat marah.

Kalau ikutkan hati ingin juga saya nak buat benda yang sama ke atasnya ketika telah memotongnya tetapi tak sampai hati. Cukuplah setakat saya mengejarnya, memotongnya dan dapat nombor pendaftarannya.

Kalaulah kemalangan berlaku ekoran kejadian tadi, agaknya siapa yang bersalah jika laporan polis dibuat? Biasanya yang melanggar akan dipersalahkan apatah lagi kalau melanggar dari belakang. Kadang-kadang kemalangan jalan raya berlaku bukan kerana kita yang cuai tetapi tetap dipersalahkan. Tak adil kan?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.