Saturday, 29 June 2013

DIY - Kapasitor rosak akibat 'blackout'

Dua minggu yang lepas, saya telah membaiki lampu kecemasan persendirian dengan menggantikan baterinya. Langkah-langkah untuk membaikinya tertera pada entri bertarikh 18/6/2013 yang lalu di sini.

Dua hari yang lepas seluruh Sarawak mengalami masalah ketiadaan bekalan elektrik hampir 6 jam bermula dari pukul 5:40pm sehingga 10:00pm berikutan masalah bekalan dari empangan hidro Bakun. Dalam keadaan sebegini lampu kecemasan akan menjalankan tugasnya sebagai alternatif.

Namun ketika bekalan elektrik dipulihkan semula, lampu kecemasan saya pula berasap dan gagal dicas semula baterinya. Maka bermulalah projek DIY saya pada hari ini dengan membedah lampu kecemasan tersebut. Nasib baik cuma kapasitor sahaja yang rosak.

Selepas kapasitor tersebut diganti, lampu kecemasan saya kini boleh berkhidmat dan menjalankan fungsinya semula.
Beginilah rupa kapasitor yang telah rosak (kembang)
Harga kapasitor baru hanya RM6.00 sahaja.
Saya yakin kerosakan ini disebabkan 'blackout' pada dua hari yang lepas. Kerosakan kompenen elektronik biasanya akan berlaku jika bekalan elektrik tidak stabil. Walaupun bekalan elektrik telah dipulihkan pada pukul 10:00pm, namun terputus beberapa kali sebelumnya.

Boleh minta ganti rugi dari SESCO tak? Mungkin ini hukumannya untuk orang-orang Sarawak sebab tidak turut serta menganjurkan perhimpunan 'blackout 505'.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.