Saturday, 1 December 2012

Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja yang mengikuti serta terbaca blog saya. Tiada niat di hati untuk menjatuhkan maruah sesiapa yang berkaitan tetapi sekadar berkongsi pandangan. Kepada pembaca yang terasa atau terkilan ribuan kemaafan saya pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kejadian ini berlaku ketika saya bertugas untuk menjaga kolam renang di tempat bekerja. Kolam renang yang saya jaga itu kecil sahaja iaitu dengan kelebaran 3 meter dan panjangnya cuma 30 meter dengan kedalaman 1.2 meter (4 kaki) sahaja.

Proper aquatic attire...

Saya yakin setiap kolam renang mempunyai syarat-syarat tertentu yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna dan salah satunya ialah penggunaan pakaian renang. Boleh dikatakan pakaian renang adalah wajib jika anda ingin mandi di kolam renang dengan tujuan tertentu. Begitu juga dengan kolam renang di tempat kerja saya.

Tujuan berpakaian renang di kolam renang tempat saya bekerja ialah seperti berikut:-

  • Disebabkan saiz kolam renang tersebut kecil dan jika tidak diwajibkan penggunaan pakaian renang, kejernihan serta kebiruan airnya akan terjejas dengan cepat jika ramai pengguna. Ini di sebabkan klorin dalam kolam renang yang tinggi boleh menanggalkan warna pada pakaian dan seterusnya menyebabkan air berwarna kuning. Sekiranya berlarutan dan ramai pengguna, warnanya akan bertambah teruk sehingga menjadi kehijauan seperti warna air tebu. Untuk pengetahuan anda semua, air kolam renang tidak ditukar dan proses pembersihan dilakukan 24 jam sehari melalui sistem penapisan tersendiri. Sekiranya air kolam telah kotor, sistem penapisan memerlukan masa kira-kira satu hingga dua hari untuk menjernihkannya semula.
  • Memandangkan kolam renang tempat saya bekerja itu kepunyaan hotel bertaraf 4 bintang, keselesaan serta standard amatlah kami utamakan. Apa perasaan anda sebagai pelanggan jika tahap kejernihan air di kolam renang mengecewakan ketika anda ingin berenang?
  • Sistem penapisan akan mengalami banyak masalah seperti tersumbat sekiranya pengguna kolam renang tidak diwajibkan menggunakan pakaian renang. Ini berikutan bulu-bulu pada pakaian yang tertanggal akan masuk ke sistem penapisan dan menyebabkan tersumbat serta tidak menjalankan fungsinya dengan sempurna. Cuba anda pergi ke kedai menjual pakaian renang dan perhatikan apa bezanya pakaian biasa dengan pakaian renang. Semua pakaian renang menggunakan kain nylon dan tidak berbulu bukan?
Berbalik kepada kejadian yang berlaku semalam. Pelanggan tersebut datang ke kolam renang bertiga iaitu suami, isteri dan seorang anak. Kedua-dua suami dan anak lengkap berpakaian renang tetapi isteri menggunakan kemeja-T. Ketika pendaftaran, saya telah maklumkan kepada mereka bahawa penggunaan kemeja-T adalah dilarang.

Selepaskan pendaftaran selesai mereka bergerak menuju ke hujung kolam renang dan pada mulanya hanya si suami dan anak sahaja yang masuk ke kolam renang. Setelah beberapa ketika si isteri mulai bergerak ke tepi kolam dan memasukkan kaki ke dalam kolam. Tidak lama selepas itu si isteri telah berada di dalam kolam renang. Ketika saya ternampak si isteri dengan kemeja-T (kain cotton pula tu) di dalam kolam renang, saya terpaksa menjalankan tugas untuk memaklumkan semula bahawa pengunaan kemeja-T adalah di larang.

Dipendekkan cerita, si isteri pun keluar dari kolam renang dan duduk di kerusi sehingga si suami dan anaknya keluar dari kolam renang dan beredar untuk balik. Ketika beredar, tuala yang mereka minta dari saya ditinggalkan di kerusi dan tidak mengembalikannya kepada saya. Saya mulai sedar yang mereka ini tidak gembira dan mungkin marah. Ketika melalui kaunter pendaftaran si suami melontarkan solan berikut kepada saya:-

'Swimming pool kamu ini standard olympik ke?' (Saya tersentak seketika dan tidak tahu apa nak jawab). Lepas itu si suami tanya lagi, 'swimming pool kamu ini standard olympik ke?'. Maka saya pun menjawab, "Bukan". Lepas itu si isteri dengan suara yang agak lantang memberitahu saya, 'The pool is belong to the guest, we are paying..." sambil meninggalan kolam renang dan saya tidak menjawab apa-apa.

Untuk makluman, Si suami ini merupakan seorang anggota polis berpangkat 'inspector' dan beginilah standard penguatkuasa di negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua penguatkuasa di negara kita berkelakuan sedemikian namun kerana dia seorang tercemar semua imej penguatkuasa seluruh negara.

Ini merupakan salah satu contoh penguatkuasa yang angkuh bila ada kuasa sikit, kalau diberi pangkat yang lebih besar agaknya lagi teruk penyalahan kuasa yang mereka akan buat.

Sehingga ke saat ini, saya mempunyai banyak persepsi negatif terhadap penguatkuasa di negara kita. Sebelum ini saya juga ada berkongsi satu pengalaman melibatkan seorang penguatkuasa yang mengertak saya di laman sosial facebook. Ceritanya ada di sini. Jika ada masa terluang saya akan berkongsi dengan anda lagi di blog yang akan datang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.