Friday, 17 August 2012

Sabah Sarawak Menuntut Kembali Kemerdekaan

Samada anda tahu atau tidak, salah satu sebab Tunku Abdul Rahman memohon supaya Sabah dan Sarawak bergabung membentuk satu persyarikatan bernegara ialah kerana Malaya adalah sebuah negara miskin setelah kekayaannya dirompak habis oleh British. Dia hilang akal bagaimana selamatkan bangsanya yang hanya tahu mengagung-agungkan bangsanya. Apabila tiba giliran Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri beberapa perancangan dalam hal pertanian yang dibuat. Tapi menemui kegagalan.

Sehingga hari ini, jumlah kekayaan Sabah yang dirompak Malaya tidak kurang daripada RM40 billion setiap tahun. Bagaimana ini boleh terjadi? Sebabnya ialah setelah UMNO berjaya bubarkan USNO, maka mudahlah dia pecah-pecahkan pemimpin KDM. Pemimpin yang lemah dan inginkan kedudukan sokong UMNO dan syaratnya harus ikut arahan pemimpin Malaya dalam UMNO.

Walau macamana pun perkara yang kurang bijak itu tidak selamanya menguasai pemikiran rakyat Sabah. Hari ini Perjanjian Malaysia dan sejarah pembentukan Malaysia bukan lagi perkara yang harus disorokkan oleh Malaya. Lebih-lebih lagi kerana ketamakan dan gila kuasa pemimpin Malaya, hari ini mereka telah terpecah kepada beberapa kumpulan.

Perpecahan itu menyebabkan mereka lemah. Peluang bagi masyarakat China dan India bersatu untuk memperjuangkan bangsa mereka yang juga ditindas orang-orang melayu selama ini. DAP sebagai rakan dalam PR mendapat perhatian bukan saja rakyat China dan India, tetapi juga sesetengah masyarakat melayu yang kecewa dengan bangsanya sendiri. Anwar sangat takut dengan kemenangan besar DAP di Malaya. PKR sudah kalah dengan DAP di Sarawak, walau pun dalam PRU 13 parlimen Sarawak. Hanya Sabah tempatnya bergantung. Untuk mengurangkan kekuatan DAP, PKR cuba berbaik-baik dengan SAPP. PKR akan meletakkan calon SAPP dalam parlimen yang seharusnya diduduki DAP. Sebab itu PKR setuju SAPP dapat tanding 40 kerusi DUN. Apa yang penting bagi PKR ialah kerusi MP. Pastinya PKR akan letakkan calonnya dalam kerusi MP untuk membolehkan dia menguasai kekayaan Sabah. Bagaimana? Dia akan membuat undang-undang di Parlimen sebagaimana cara UMNO Malaya rampas petroleum melalui Petronas dan kapal terbang nomand. Wakil parlimen di Sabah terpaksa ikut menyokong untuk selamatkan periuk nasi masing-masing. Mangsa adalah rakyat Sabah. Jelas, PKR berusaha mengekang sokongan masyarakat China dan India kepada DAP untuk mengelakkan DAP memerintah Malaya. Tapi masyarakat ini tidak sebodoh yang disangka PKR.

Kemenangan PR di Malaya dan kemenangan STAR di Sabah dan Sarawak adalah mimpi ngeri bagi PR. Sudah tentu 7 Agenda Borneo dilaksanakan tanpa restu kerajaan PR. Kenapa? Malaya tidak ada hak sedikit pun terhadap kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan Sabah dan Sarawak diiktiraf negara-negara komenwealth dan PBB, BUKAN malaya. Jika Malaya menjadi batu api untuk membuat huru hara terhadap negara Sabah dan Sarawak, ke dua-dua negara ini berhak mendapat bantuan PBB yang mengiktiraf kemerdekaannya. Sebagai sebuah negara merdeka, pemimpin Sabah dan Sarawak berhak membuat keputusan termasuk membalakangkan istana sekiranya pihak istana terus mengikut telunjuk malaya yang hanya sebagai rakan kongsi dalam Malaysia.

Mimpi ngeri PR adalah bagaimana kerajaannya menyelesaikan hutang-hutangnya kepada bank dunia, sekiranya dasar kabotaj dihapuskan, hasil petroleum dimiliki sepenuhnya oleh Sabah dan Sarawak, cukai sudah dimiliki Sabah dan Sarawak sementara tanah-tanah syarikat di Sabah bukan lagi milik syarikat tapi milik sepenuhnya kerajaan STAR Sabah dan Sarawak. Tanah-tanah itu nanti hanya disewakan kepada syarikat. Untuk selamatkan Malaya, mau tak mau PKR berusaha merampas 25 kerusi Parlimen Sabah walau pun malaya mempunyai 165 kerusi Parlimen. Sebab itulah saya katakan 25 kerusi emas parlimen Sabah itu sangat penting kepada parti Malaya.

Saudara.... kita telah pelihara malaya dan tuan-tuannya hampir 49 tahun. Apa yang kita dapat? Anjing, kalau diberi makan oleh tuannya, ia akan kibas-kibaskan ekornya sebagai isyarat terima kasih. Tapi malaya, tidak pernah terfikir untuk berterima kasih kepada Sabah dan Sarawak. Malah dia mengangap, malaya adala tuan kita...

Sumber

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.