Wednesday, 1 January 2025

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

Hari ini merupakan hari pertama di tahun baharu 2025 dan tahun ini kerajaan Sarawak memberi bantuan khas yang dinamakan sebagai 'Sumbangan Keperluan Asas Sarawak' melalui aplikasi SarawakPay.

Syarat utama untuk layak memohon bantuan SKAS ini ialah mesti mempunyai akaun Sarawak Pay dan ianya khas untuk anak Sarawak sahaja.

Keterangan lanjut serta syarat kelayakan untuk memohon bantuan SKAS boleh dibaca sini.

Pastikan anda daftar akaun Sarawak Pay dahulu sebelum membuat semakan sebab pemohon perlu login menggunakan Sarawak ID.

Semak kelayakan anda dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan sahaja dan jika layak, anda akan dapat keputusan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Anda perlu klik butang 'proceed update' dan isi semua maklumat yang diminta untuk menyempurnakan permohonan.

Fund Available in progress...

Selamat tahun baharu 2025.

Sunday, 29 December 2024

DELL LA65NS2-01 adapter repair

Hari ini saya dirujuk sebuah adapter berjenama DELL, model LA65NS2-01 dengan masalah tiada bekalan output.

DELL LA65NS2-01

Setelah dibuka dan diperiksa, dua komponen yang didapati rosak ialah:-

  1. Sebiji fius T3.15A, 250v
  2. sebiji kapasitor 120uf, 420v
Setelah dibuka...

Adapter ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan kedua-dua komponen yang rosak di atas.

Kapasitor rosak - 31nF sahaja

Kerosakkan sedemikian adalah disebabkan kebocoran kapasitor utama yang seterusnya mengakibatkan fius utama putus.

19.52v

Selamat berDIY...

Thursday, 26 December 2024

HP DPS-240TB A switching power supply repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk PSU yang serupa dan anda boleh baca di sini dan sini.

HP switching power supply

Walaupun ianya kelihatan serupa pada luaran namun model yang berbeza. Model PSU ini ialah DPS-240TB A.

Model: DPS-240TB A

Masalahnya juga serupa dengan PSU yang lalu iaitu 'no power'.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji perintang dengan label R901 terbakar. Nilai perintang tersebut ialah 1Ω, 1/2W.

R901 terbakar...

Pemeriksaan komponen disekitarnya juga menemui IC904 rosak serta litar pintas berlaku yang mengakibatkan perintang R901 putus.

Gantikan R901 & IC904

Nombor rujukan IC904 ialah TNY279 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Masalah selesai setelah kedua-dua komponen yang ditemui rosak telah diganti dan kembali berfungsi semula.

Wayar hijau - 4.9v

Semua voltan output menunjukkan bacaan yang sepatutnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Wayar kuning - 12v

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dengan melalui 'current limiter' serta tanpa 'current limiter'.

Selamat berDIY...

Monday, 23 December 2024

CADWARE ozone sterilizer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah "ozone sterilizer" berjenama CADWARE buatan Jepun dengan masalah butang kadang boleh berfungsi namun majoriti tidak berfungsi bila ditekan.

Menurut pemilik, "ozone sterilizer" ini pernah dibaiki suatu ketika dahulu sewaktu masih dalam tempoh 'warranty'.

Ianya cuma dilengkapi dengan 4 biji butang sahaja yang menggunakan 'tact switch' dan sewaktu mengujinya saya dapati dua biji suis bermasalah iaitu butang sebelah kiri & kanan.

Gambar di bawah ialah keadaan di bahagian dalam setelah dibuka dan ada label tarikh 5/9/2014 serta perkataan PCBx1.

Setelah papan litar dibuka serta diuji semula, hanya sebiji suis sahaja yang bermasalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah selesai setelah suis telah saya gantikan dan kesemua butang berfungsi dengan cemerlang.

Namun setelah papan litar di pasang kembali, butang sebelah kanan kadang-kadang gagal berfungsi bila ditekan. Ini disebabkan skru dikunci terlalu kuat dan masalah selesai setelah saya longgarkan sedikit skru bahagian kanan yang mengunci papan litar.

Klip video di bawah saya rakam setelah siap dipasang kembali dan ianya berjaya dibaiki dengan hanya menukarkan sebiji "tact switch" sahaja.

Selamat berDIY...

Friday, 20 December 2024

Solar light IP67 (300w) repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk lampu solar seperti ini dan anda boleh rujuk di sini. Perbezaan lampu solar ini berbanding yang lepas ialah:-

  1. Ada tambahan label 300W
  2. Warna lampu LED ini ialah super white
  3. Saiz bateri digunakan lebih besar
  4. 5 biji lampu indikator berwarna merah
300W IP67 Solar Light

Masalah lampu solar ini ialah gagal berfungsi serta tidak mengecas seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Lampu indikator akan berkelip-kelip jika ianya mengecas namun apa yang kelihatan ialah hanya lampu tengah sahaja menyala seperti boleh ditonton pada klip video di atas.


Setelah dibuka serta diperiksa, saya tidak menemui sebarang kerosakkan dan sebagai percubaan, saya melakukan reset dengan menanggalkan wayar bateri dari papan litar selama seminit. Lampu kembali berfungsi semula apabila wayar bateri disambung semula seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Low batt...

Pagi berikutnya saya dapati lampu solar tidak menyala lagi namun mengecas sewaktu siang dengan lampu indikator berkelip-kelip.


Walaupun mengecas seharian, lampu solar menyala bila hari mulai gelap namun malap dan hanya menyala kira-kira sejam sahaja.

2 biji bateri 32650 (LiFePO4)

Pemeriksaan voltan pada bateri cuma 2.6v sahaja dan ianya di bawah voltan minimal iaitu 3.2v. Maksudnya bateri tidak dicas walaupun lampu indikator berkelip-kelip.

Ada kesan terbakar pada BMS...

Seterusnya saya buka pembalut bateri untuk memeriksa BMS (battery management system) dan kelihatan ada kesan terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sebiji mosfet (8205A) terbakar...

Kesan terbakar tersebut ialah disebabkan sebiji mosfet meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan BMS yang baru...

Masalah tidak mengecas selesai setelah BMS diganti dan lampu solar ini telah berjaya diselamatkan. Lampu indikator ke-5 akan berhenti berkelip jika bateri telah penuh dicas seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Tuesday, 17 December 2024

Violates Blogger Community Guidelines

Entri saya pagi tadi kini di 'review' oleh pihak berwajib (Blogger) dan saya tidak pasti apa isi kandungan yang melanggar peraturan (community guidelines).

Enteri tersebut telah diubah status dari 'published' ke 'draft'. Kemungkinan ada yang membuat laporan atau mungkin dikesan oleh AI secara umum atau rawak (random).

...under review

Saya akan kemaskini statusnya jika ada sebarang perkembangan seterusnya dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya selama ini dan masalah sedemikian adalah di luar kawalan saya.

Saya yakin entri tersebut tidak melanggar sebarang peraturan yang ada.

Kemaskini pada 18/12/2024 @11:38am, entri telah kembali berstatus 'published' semula tanpa sebarang 'editing' dilakukan.

DENSO RPM for Daihatsu truck repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah meter lori berjenama Daihatsu dengan masalah meter RPM tidak berfungsi.

Daihatsu truck instrument cluster/speedometer

Kerja membaiki meter kereta ini kadang-kadang leceh sebab saya tidak tahu bagaimana sambungkan bekalan elektrik ke meter untuk mengujinya.

Setelah penutup dibuka...

Kebiasaannya saya buka serta periksa semua komponen yang ada dan sekiranya ada menemui komponen rosak, selepas diganti ianya akan kembali berfungsi semula.

Keluarkan meter RPM...

Untuk pengetahuan semua, meter jenis analog mudah diperiksa berbanding meter jenis digital serta tidak banyak komponen pada papan litarnya.

Sebiji kapasitor 10uf, 25v rosak...

Pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji kapasitor dengan nilai 10uf, 25v rosak dengan menggunakan meter ESR.

Kapasitor rosak vs kapasitor baru...

Kerosakkan sebegini tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan jika diperiksa menggunakan multimeter biasa juga gagal memastikan ianya rosak.

Siap...

Rakaman klip video di bawah menunjukkan perbezaan kapasitor elok serta rosak menggunakan multimeter ESR.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Saturday, 14 December 2024

GX-AS530SJ Astro decoder

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model GX-AS530SJ dan dikhabarkan oleh pemilik dengan kerosakkan HDMI.

Model: GC-AS530SJ

Saya tanya pemilik bagaimana dia tahu HDMI rosak dan menurutnya, dia telah rujuk kepada pihak astro sebelum merujukkannya kepada saya.

Pusat Astro kata HDMI rosak...

Gambar di atas jelas menunjukkan tanda pangkah pada bahagian HDMI oleh pihak astro.

Tiada isyarat (no signal)

Sewaktu saya mengujinya, lampu merah menyala namun gagal bertukar ke lampu hijau. Setelah saya on/off beberapa kali akhirnya lampu hijau menjelma namun apa yang terpapar pada layar TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Cuaca buruk punca tiada siaran...

Seterusnya saya keluarkan kad pintar (smart card) dan tiada masalah lampu merah bertukar ke hijau dan dekoder berfungsi normal serta boleh mendengar radio sahaja.

Setelah penutup dibuka...

Masalah kembali semula setiap kali saya masukkan kad pintar. Saya telah uji kad pintar tersebut pada dekoder saya dan ianya elok.

Lampu merah - Off

Saya juga dapati setiap kali kad pintar dimasukkan, selain tiada siaran, dekoder juga gagal berfungsi bila cuba dikawal menggunakan alat kawalan jauh termasuk menekan butang-butang pada dekoder.

Lampu hijau - On

Saya juga telah lakukan segala percubaan melalui pengalaman lepas termasuk 'reheat' processor dan semuanya menemui jalan buntu. Kemungkinan kerosakkan pada IC 'card reader' namun saya tiada IC tersebut untuk diuji dan saya pasti ianya bukan kerosakkan HDMI sebab tanpa kad pintar, semua berfungsi dengan elok.

Klip video di atas saya rakam sewaktu kad pintar dikeluarkan namun jika kad dimasukkan, ianya tiada bacaan lagi. Maksudnya processor gagal berfungsi bila dengan kad pintar.

Ini adalah pengalaman pertama saya dengan masalah sedemikian dan ianya gagal dibaiki.