Friday, 18 November 2022

Gabungan PN/BN atau PH/BN?

Esok adalah hari mengundi dan hari ini saya kongsikan dua gabungan yang dikatakan boleh menjadi 'king maker' untuk PRU15 ini.

Seramai 945 calon (termasuk calon bebas) bertanding merebut 222 kerusi parlimen yang ada. Hanya 222 calon sahaja yang akan terpilih dan peratusannya cuma 23.49% (222/945*100).

Federal friendly...

Dua gabungan yang saya maksudkan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Allied with BN...

Pihak Bersatu telah menuduh PH ada rundingan sulit dengan BN untuk membentuk kerajaan manakala pihak PH pula menepis dan mengatakan PN dan BN adalah sekutu.

Walaupun masing-masing telah menyangkal tuduhan, saya dapati PN & BN telah bersekutu di Sabah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Dalam masa yang sama PAS telah membantu dengan tidak meletakkan calon di Sabah dan semua penyokong mereka diarah agar mengundi semua calon GRS-BN seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kenyataan PAS Sabah...

Jadi, GRS bukan 'king maker' sebab gabungan mereka adalah sekutu BN. Walaupun GPS adalah 'federal friendly' namun selepas PRU14, mereka sangat condong kepada BN/PN.

Oleh yang demikian, PH perlu menang besar tanpa GRS & GPS jika ingin kembali berkuasa untuk menyelesaikan misi yang belum selesai setelah dijatuhkan oleh katak politik serta pengkhianat langkah Sheraton.

Akibat langkah Sheraton, kerajaan yang dipilih rakyat menjadi pembangkang dan yang kalah pula menjadi kerajaan. Semua ini berlaku sebab mereka berebut sesama sendiri dan menyalahkan pihak tertentu bermodalkan perkauman.

Negara kita adalah negara berbilang kaum dan perkauman adalah modal yang paling murah serta berkesan. Itulah sebabnya dari dulu lagi saya tidak akan mengundi calon dari parti untuk kaum tertentu sahaja.

Keputusan di tangan masing-masing dan saya mahukan kerajaan yang baharu memimpin negara kita dengan memenangkan PH esok.

Ingat, undi itu adalah rahsia dan mari lah kita keluar beramai-ramai untuk mengundi demi masa depan negara yang lebih baik.

Tiada alasan untuk tidak keluar mengundi esok sebab cuti telah diberikan.

Nota kaki: abaikan iklan politik yang ada pada blog saya.

Thursday, 17 November 2022

Iklan PRU15 google adsense

Minggu lepas saya ada kongsikan iklan google berkaitan PRU15 adsense pada blog saya dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah saya kongsikan calon-calon di tempat saya mengundi iaitu P219 di sini, pagi ini iklan google adsense telah bertukar daripada perdana menteri sementara kepada calon P219 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Saya sedikit hairan sebab sehingga ke hari ini tiada pula iklan yang melibatkan calon serta parti lain selain mereka pada blog saya.

Agaknya ini lah yang dinamakan teknologi AI (artificial intelligence) terkini yang giat digunakan pada semua aktiviti di atas talian.

Kemungkinan teknologi AI ini juga lah yang digunakan oleh para scammer untuk menjalankan aktiviti penipuan tanpa sempadan di seluruh dunia.

Sebagai tuan punya blog, kami ditegah daripada klik sebarang iklan pada blog kami sendiri. Jika ter'klik' juga mereka akan mendenda atau mungkin 'bannned' akaun google adsense kami.

Jadi, saya cuma boleh lihat sahaja namun tak boleh buka (klik) iklan pada blog saya sendiri...

Wednesday, 16 November 2022

Zahid Hamidi perdana menteri jika BN kembali berkuasa?

Semalam telah berlangsungnya proses pengundian awal yang melibatkan anggota keselamatan serta pasangan. Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 pengundi telah melaksanakan tanggungjawap masing-masing.

Gambar di atas dan di bawah adalah gabungan semasa dan masing-masing berkempen dengan cara serta gaya tersendiri. Tidak ketinggalan juga perang poster serta kutuk-mengutuk kedengaran sewaktu ceramah bersangsung untuk menghibur serta meraih undi.

PRU ini saya tidak menghadiri mana-mana ceramah politik bersemuka dan banyak menonton secara atas talian serta membaca berita sahaja.

Salah satu bahan kempen gabungan semasa yang ada ialah memperkenalkan bakal calon perdana menteri (PM) masing-masing jika mereka berjaya membentuk kerajaan.

Bakal calon PM PRU15...

Secara amnya kita telah dimaklumkan bakal calon PM ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas namun banyak spekulasi berlegar mengatakan calon PM jika BN berjaya membentuk kerajaan ialah Zahid Hamidi dan bukannya Ismail Sabri.

Saya juga sependapat Zahid bakal PM jika BN membentuk kerajaan sebab saya juga percaya 'surat rahsia' di atas dan di bawah benar-benar wujud.

Selain daripada 'surat rahsia' di atas, apa yang menyakinkan saya ialah dari pengalaman PRU14 lepas di mana setelah pakatan harapan (PH) telah mendapat majoriti mudah, pihak istana telah memanggil pengerusi PKR ketika itu Wan Azizah mengadap.

Pengerusi PKR dipanggil mengadap sebab watikah calon ditandatangani oleh beliau dan gabungan mereka mendapat majoriti mudah. Ada cerita mengatakan beliau ditawarkan jawatan PM oleh pihak istana namun menolak sebab perjanjian bersama iaitu Tun M sebagai PM jika gabungan mereka menang.



Jadi, dalam kes BN kali ini tidak jauh bezanya jika berjaya mendapat majoriti mudah dan pihak istana akan memanggil Zahid Hamidi sebab watikah ditandatangani oleh beliau. Dalam masa yang sama dia juga akan ditawarkan jawatan PM walaupun dalam kempen memberitahu Ismail Sabri sebagai PM dengan menunjukkan 'surat rahsia' di atas.

Untuk pengetahun semua, kita mengundi untuk memilih wakil rakyat sahaja dan kuasa memilih perdana menteri di tangan yang dipertuan agong (YPA).

Fikir-fikirkan...

Tuesday, 15 November 2022

PM isytihar 18 & 19 Nov cuti umum

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 18 dan 19 Nov ini sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat pulang mengundi.

“Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan keluarga Malaysia mengundi.

“Saya tidak mahu seorang pun dilarang mengundi,” katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah bangunan Cuepacs, di sini.

Pada masa sama, Ismail mengumumkan tol percuma untuk Jumaat dan Sabtu ini.

“Tol percuma akan bermula dari 12.01 pagi 18 Nov (Jumaat) hingga 11.59 malam Sabtu, 19 Nov 2022, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 saja yang dianggarkan sekitar 90% daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya.”

Beliau berkata, tawaran itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM34.5 juta yang akan ditanggung sepenuhnya oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dalam pada itu, katanya, gaji penjawat awam bagi bulan ini akan dibayar lebih awal pada 17 Nov, manakala bayaran pencen untuk pesara diawalkan ke hari ini untuk meringankan beban penjawat awam yang ingin pulang ke kampung mengundi.

“Apa yang diumumkan ini tidak meliputi kakitangan swasta, hanya untuk penjawat awam.

“Tapi saya menggalakkan dan meminta swasta ambil contoh apa yang dilaksanakan kerajaan supaya membayar gaji awal kepada pekerja mereka, ia boleh membantu pekerja swasta untuk kurangkan bebanan dan keluar mengundi.”

sumber

Monday, 14 November 2022

saflok encoder model 5R repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki encoder berjenama saflok seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

saflok model 5R

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi encoder serupa namun dilabel model 5R. Setelah dibuka dan diperiksa, ianya serupa dengan model 4 seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

model 5R

Masalah encoder ini ialah gagal mengeluarkan kad semula selepas ditarik masuk ke dalam sewaktu proses mengkod pada kad.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, salah satu tali sawat telah rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kerosakkan tali sawat...

Masalah kerosakkan tali sawat adalah 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba masanya. Kerosakkan biasa ialah gigi pada tali sawat telah haus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tali sawat yang rosak...

Cara-cara menukarkan tali sawat boleh ditonton pada klip video di penghujung artikel ini.

Gantikan tali sawat baru...

Selamat mencuba...

Sunday, 13 November 2022

P219 - Miri

Seminggu telah berlalu sejak hari penamaan calon pada 05/11/2022 untuk PRU15 dan saya akan mengundi di Parlimen P219, Miri.

Calon PSB - Lawrence Lai Yew Song

P219 menyaksikan pertembungan 3 penjuru dan calon-calonnya ialah:-

  1. Lawrence Lai Yew Song - calon PSB
  2. Chiew Choon Man - calon PKR (Harapan)
  3. Jeffery Phang Siaw Foong - Calon SUPP (GPS)
Calon PKR - Chiew Choon Man

Saya telah kongsikan pendirian saya sejak hari penamaan calon dan anda boleh rujuk di sini.

Tiada PRN di Sarawak sebab DUN tidak dibubarkan dan tugas kita di Sarawak cuma memilih ahli parlimen (MP) untuk mewakili parlimen masing-masing.

Kerajaan penggal lepas telah menyaksikan pertukaran 3 perdana menteri dan parti GPS menyokong kesemua kerajaan PH (Tun M), PN (Tan Sri Muhyiddin) & BN (Dato Sri Ismail) namun memilih untuk menjadi pembangkang sewaktu pentabiran PH selama 22 bulan.

Oleh yang demikian calon pertama yang saya singkirkan ialah calon dari GPS/SUPP.

Calon SUPP - Jeffery Phang Siaw Foong

Sehingga hari ini, saya masih belum menentukan calon yang bakal dipilih pada hari mengundi yang akan berlangsung dalam seminggu lagi.

Dalam banyak-banyak berita serta kenyataan yang dikeluarkan oleh calon-calon seminggu lepas, saya tertarik dengan artikel di bawah dan mungkinkah ianya boleh direalisasikan?

Referendum...

Untuk pengetahuan semua, Malaysia dibentuk pada tahun 1963 hasil gabungan 4 buah negara iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Singapura telah meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Perjanjian asal melalui MA63 ialah Sabah & Sarawak adalah 'partner' atau dengan bahasa mudah, negara diurus bersama namun hasil keuntungan harus dipulangkan kepada Sabah & Sarawak.

Apa yang berlaku beberpa tahun selepas itu ialah pada tahun 1976, perlembagaan Malaysia telah dipinda serta diluluskan dan status Sabah dan Sarawak telah bertukar dari wilayah (partner) kepada negeri. 

Ini adalah kesilapan besar yang telah dilakukan oleh ahli parlimen (MP) kita sewaktu itu dan MA63 telah diketepikan sejak itu. Kita sepatutnya mendapat kembali keuntungan dari hasil bumi sendiri namun hanya mendapat peruntukan yang sedikit dengan keluasan kawasan yang jauh lebih besar.

Peruntukan yang diberikan kepada kita sama seperti negeri-negeri lain di Malaya selama berpuluh tahun yang jauh telah menyimpang dari perjanjian asal MA63. Ini lah yang dicanangkan oleh GPS sekarang untuk mendapat kembali hak kita sebagai wilayah (partner) dalam kempen-kempen mereka untuk meraih undi.

Jadi, referendum yang dicanangkan oleh calon PSB amat menarik perhatian saya jika boleh direalisasikan.

Mungkin kah ianya boleh direalisasikan?

Fikir-fikirkan...

Rujukan

Saturday, 12 November 2022

MCC-861-03 repair (Carrier aircon)

Pagi ini saya telah dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan penghawa dingin berjenama CARRIER dengan masalah gagal dihidupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

PCB untuk penghawa dingin CARRIER...

Pada mulanya pemilik hanya menghantar papan litar dengan nombor rujukan MCC-861-03 sahaja dan meminta untuk dibaiki.

MCC-861-03

Papan litar MCC-861-03 sangat mudah diperiksa namun saya gagal menemui sebarang komponen yang rosak.

Setelah penutup dibuka...

Seterusnya saya meminta papan litar yang disambung kepadanya iaitu MCC-920-04 untuk membuat pemeriksaan. Saya juga tidak menemui sebarang kerosakkan pada papan litar tersebut.

Bypass switch...

Saya cuba tukar satu per satu komponen yang ada pada papan litar MCC-861-03 dan akhirnya kembali berfungsi setelah saya 'bypass' suis yang dilabel  SW102 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Siap...

Suis tersebut elok jika diperiksa menggunakan multimeter namun gagal berfungsi setelah dipasang kembali ke papan litar.

Selamat berDIY...

Friday, 11 November 2022

Iklan politik google adsense

Dari semalam saya telah perasan iklan google adsense kini seolah-olah telah dikawal atau ditaja oleh pihak tertentu sahaja dan gambar-gambar tangkap layar di bawah telah berlegar di laman blog saya sejak semalam lagi.

Kita tahu negara kita akan mengadakan PRU tidak lama lagi dan calon-calon yang bertanding adalah seramai 945 (termasuk calon bebas) untuk merebut 222 kerusi parlimen di negara kita. Kenapa iklan google adsense hanya memaparkan 'caretaker' ketika ini iaitu PM ke-9 sahaja?

Persolan seterusnya ialah siapakah yang membayar atau menaja iklan-iklan ini?

Fikir-fikirkan...