Thursday, 21 July 2022

Primada PSC50 smart cooker repair

Hujung bulan lepas saya telah baiki periuk nasi ini dan anda boleh rujuk di sini.

bbbb = keep warm

Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah semua butang pada panel tidak berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Ketika saya mengujinya, saya dapati lampu indikator sedikit malap setelah butang ditekan dan ini biasanya disebabkan bekalan elektrik yang dibekalkan ke papan litar tidak mencukupi untuk 'microporcessor' berfungsi.

Setelah penutup bawah dibuka...

Saya periksa semula semua butang pada panel dan kesemuanya elok. Seterusnya saya periksa papan litarnya dan menemui sebiji kapasitor dengan bacaan ESR tinggi seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gantikan kapasitor 470uf, 25v

Setelah kapasitor 470uf, 25v tersebut saya keluarkan dari papan litar dan diperiksa, bacaan kapasitan cuma 133uf dan bacaan ESR pula 4.5Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Bacaan ESR yang elok untuk 470uf, 25v harus di bawah 1Ω.

Bacaan kapasitan rendah dan ESR tinggi...

Sekali lagi periuk nasi ini berjaya diselamatkan dan masalah butang pada panel tidak berfungsi selesai setelah kapasitor rosak di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Wednesday, 20 July 2022

Hatco toast-qwink convenyor toaster

Awal bulan ini saya telah kongsikan pengalaman membaiki sebuah toaster berjenama Hatco dan anda boleh rujuk di sini.

Hatco toast-qwink conveyor toaster

Semalam ianya dirujuk kepada saya lagi setelah kali terakhir saya baiki kira-kira 5 tahun yang lepas. Menurut pemilik, masalahnya ialah ianya akan menyebabkan seluruh rumah bergelap setelah kira-kira setengah jam beroperasi.

9.2A, 240v

"Troubleshooting' masalah sedemikian merupakan kerja yang paling susah sebab ianya pasti elok jika diperiksa sewaktu masih sejuk. Jadi, saya perlu uji sehingga berlaku bekalan elektrik terputus dan membuat pemeriksaan selepas itu.

8.7A (normal operation)

Pagi ini saya telah uji toaster tersebut dan sehingga blog ini ditulis, tiada kejadian bekalan elektrik terputus setelah berjam-jam dibiarkan beroperasi.

Bacaan 'load' toaster ini ialah kira-kira 8.7A dan 4.3A ketika butang 'power save' ditekan dan lampunya akan berkelip-kelip.

4.3A (power save mode)

Sepanjang ianya diuji, 'load' stabil pada 8.7A dan 4.3A apabila 'power save' diaktifkan.

Saya tidak menemui sebarang kerosakkan dan kemungkinan masalah bekalan elektrik pemilik terputus seletah kira-kira setengah jam digunakan adalah disebabkan 'overload' pada ELCB atau MCB.

Tuesday, 19 July 2022

Meter air berusia telah ditukar

Semalam sewaktu pulang kerja saya dapati meter air ke rumah saya telah ditukar dan notis telah ditinggalkan di dalam kotak peti surat di rumah saya.

Meter air yang baharu...

Meter tersebut telah ditukar dengan alasan 'aged meter' atau dalam bahasa malaysia meter telah berusia atau dalam bahasa mudah, 'dah tua'.

Meter asal dipasang ketika rumah baru dibeli pada tahun 2005 dan telah digunakan selama 17 tahun.

Notis pertukaran meter air...

Kemungkinan meter asal telah berubah warna serta 'seal' telah putus sebab berkarat dan pihak LAKU mengesyaki ianya telah diubahsuai atau bacaan tidak tepat lagi.

Dari bacaan meter asal, saya hanya menggunakan sebanyak 603 unit air sahaja selama 17 tahun termasuk dua kali mengalami kebocoran menyebabkan bill air melambung sehingga ratusan ringgit.

Monday, 18 July 2022

HUAYU RM-D1155+6 universal remote control

Baru-baru ini alat kawalan jauh untuk dekoder MYTV saya tidak berfungsi dengan sempurana terutamananya butang 'channel down'.

HUAYU RM-D1155+6

Dekoder MYTV tersebut saya beli pada tahun 2019 dan anda boleh rujuk di sini.

Alat kawalan jauh asalnya telah saya buka dan selenggara namun butang 'channel down' masih tidak berfungsi dengan sempurna sebab carbon pada PCB telah hancur akibat cecair bateri yang bocor.

Alur untuk jari telunjuk...

Saya telah gantikannya dengan membeli sebuah 'universal remote control' berjenama HUAYU model RM-D1155+6 seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

'Universal remote control' ini juga boleh mengawal TV saya yang berjenama LG dan telah saya tunjukkan pada klip video pada penghujung blog ini.

Reka bentuk alat kawalan jauh ini juga sangat baik dan tidak mudah terlepas dari tangan kita sebab mempunyai alur khas untuk jari telunjuk pada bahagian bawahnya.

Sunday, 17 July 2022

No Signal - 17/7/2022

Pagi ini kira-kira pukul 9am selepas berjogging, isyarat telefon bimbit di tempat kediaman saya tiba-tiba hilang dan langsung tidak berfungsi.

No signal...

Isyarat telefon hanya kembali kira-kira pukul 1:30pm dan hanya boleh berfungsi selepas melakukan 'reboot' pada telefon bimbit.

Saya tidak pasti apa yang berlaku dan yang pasti tiada apa-apa notis pemberitahuan diterima sebelum ini.

Kejadian seperti ini sering berlaku kebelakangan ini dan entah apa sebab serta puncanya.

Saturday, 16 July 2022

DIY amplifier audio dari papan litar TV CRT

Sebelum ini saya pernah kongsikan satu DIY amplifier stereo dengan menggunakan sebiji IC LA42102N yang diambil dari TV CRT berjenama LG dan anda boleh rujuk di sini.

PCB LG 29FU1RLX-T1
LG 29FU1RLX-T1

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

Hari ini saya kongsikan cara yang lebih mudah juga dari PCB yang sama iaitu TV CRT 29" berjenama LG.

Potong bahagian amplifier...

Apa yang perlu dilakukan ialah potong bahagian amplifier seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambung perintang 10kΩ (pin 5 & pin 7)
LG 29FU1RLX-T1

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

Lepas itu sambungkan sebiji perintang 10kΩ pada pin 5 & pin 7 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambung bekalan 12v & audio input...

Bekalan elektrik 12v pula disambung terus pada sebiji kapasitor 470uf, 25v dan audio input pula disambung pada bahagian yang dilabel G (Ground), L (Left) & R (Right) seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Anda boleh rujuk keterangan lanjut pada klip video di atas.

Selamat mencuba...

Friday, 15 July 2022

ShopeePay return/refund

Bulan lepas saya ada kongsikan satu 'return/refund' di shopee dan anda boleh rujuk di sini.

'Return/refund' tersebut telah selesai pada 26/5/2022 namun selepas 14 hari ianya masih di 'wallet ShopeePay' walaupun saya tidak pernah mengaktifkannya dan tidak akan mengaktifkannya.

Dipendekkan cerita, saya telah membuat aduan kepada pihak shopee dan pihak mereka telah meminta nama penuh, nama akaun bank, nombor akaun bank serta nombor kad pengenalan untuk proses memindahkan wang dari 'wallet shopeepay' ke akaun bank.

Setelah maklumat yang dipinta dihantar, saya menerima email memberitahu yang maklumat yang saya bekalkan tidak sama dengan maklumat pada shopeepay seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Untuk pengetahuan semua, nombor IC yang berakhir dengan 790 ialah nombor passport saya dan saya hairan kenapa maklumat tersebut boleh ada pada mereka.

15/7/2022

Setelah hampir dua bulan, akhirnya pihak shopee telah memulangkan wang 'return/refund' tersebut ke akaun bank saya.

Lepas ini saya akan 'delete' akaun shopee sedia ada ini selepas kesemua benda yang saya beli pada 07/07/2022 sampai ke tangan saya.

Saya tahu ianya adalah untuk keselamatan akaun saya namun sangat menyusahkan sebab wang saya pada wallet shopeepay tidak dapat digunakan.

Nasib baik cuma RM34.30 sahaja, jika ianya melibatkan jumlah wang yang besar dan tidak dapat digunakan, saya rasa boleh gila dibuatnya...

Thursday, 14 July 2022

aman ISF-26 industrial fan

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kipas industri berjenama aman, model ISF-26 dengan masalah gagal berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

AMAN ISF-126

Menurut pemilik, masalah asal kipas ini ialah menghasilkan bunyi bising hasil dari gegaran dan setelah dibetulkan, kali terakhir digunakan ianya menyebabkan seluruh rumah bergelap.

Model: ISF-26

Pemeriksaan awal mendapati bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di bawah telah dikunci mati dan kipas gagal bergerak ke kiri serta kanan.

Bahagian tersebut sepatutnya longgar supaya kipas boleh bergerak ke kiri serta kanan secara berulang-ulang.

Setelah dibuka penutup bahagian belakang kipas dan diperiksa, kapasitornya masih elok namun tiada keterusan (continuity) pada wayar neutral.

Masalah tiada keterusan pada wayar neutral biasanya adalah disebabkan 'thermal fuse' telah putus akibat panas melampau.

Setelah motornya saya buka dan periksa, kipas ini tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse' dan wayar neutral yang disambung kepada gegelung motor putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Misi mencari sambungan yang putus berakhir dengan penemuan kesan terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

 

Kipas ini gagal diselamatkan sebab gegelungnya telah rosak dan perlu ditukar (jika ada alat ganti).

Kesimpulan kerosakkan kipas angin ini ialah disebabkan kerja 'tikus membaiki labu' oleh pemilik sendiri. Masalah asalnya ialah kerana bunyi bising akibat gegaran dan pemilik telah mengunci mati skru bahagian 'rotation' kipas yang seterusnya menyebabkan kipas gagal berpusing serta menyebabkan panas melampau.