Sunday, 22 May 2022

Latest MIUI update - May 2022 (12.5.8.0 RJFMIXM)

Sejak telefon POCO M3 saya dinaik taraf dari andriod 10 ke 11 pada penghujung tahun lepas, saya telah 'update android security patch' sebanyak 3 kali iaitu pada 18/2/2022, 6/3/2022 dan terbaru pada 18/5/2022.

18/2/2022 - 12.5.6

Saya tidak perasan apa yang dinaik taraf namun nombor versinya bertukar setiap kali selepas dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar-gambar tangkap layar di atas dan bawah.

6/3/2022 - 12.5.7

'Storage' pada telefon saya cuma 64GB sahaja dan telah digunakan mencecah hampir 60GB sebelum ini namun setelah dikemaskini pada 18/5/2022 lepas, ianya kini telah menurun ke 36.5GB sahaja.

18/5/2022 - 12.5.8

Selain daripada itu, satu ciri baharu yang saya perasan ialah boleh mengubah saiz gambar dalam 'gallery' seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

ciri terbaharu...
 

Kini masalah kekurangan ruangan 'storage' telah selesai pada telefon saya dan tidak perlu membuang (delete) sesuatu untuk melapangkan ruangan agar telefon tidak 'lagging'.

Storage - 36.5GB/64GB

Sejak dibeli sehingga hari ini saya berpuas hati dengan prestasi telefon ini dan sesuai dengan harganya.

Saturday, 21 May 2022

mAh (Miliamp-Hours) vs Wh (Watt-Hours)

Baru-baru ini saya telah kutip dua buah rokok elektronik (disposable pod) untuk mendapatkan baterinya dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

850mAh, 3.145Wh, 3.7v

Perbezaan di antara kedua-dua bateri tersebut ialah kapasitinya seperti boleh dilihat pada label iaitu:-

  1. 3.145Wh, 850mAh, 3.7v
  2. 2.59Wh, 3.7v

2.59Wh, 3.7v

Formula untuk menukar unit Wh ke mAh dan sebaliknya ialah:

  1. Wh = (mAh x V) ÷ 1000 
  2. mAh = (Wh x 1000) ÷ (V)

Bateri pada gambar di atas cuma dilabel 2.59Wh sahaja dan untuk mengetahui nilainya dalam unit mAh, guna formula ke-2 iaitu darabkan Wh dengan 1000 & dibahagi dengan voltan (3.7).

(2.59 x 1000) ÷ 3.7 = 700mAh

Friday, 20 May 2022

LCR-T4 ESR meter

Saya telah lama berkecimpung dengan kerja-kerja melibatkan elektronik dan peralatan (tool) yang digunakan selama ini cuma multimeter analog dan multimeter digital.

LCR-T4

Dalam banyak-banyak komponen yang diperiksa dengan menggunakan multimeter, masalah yang sering saya hadapi ialah pada kapasitor.

Tanpa komponen/rosak

Kadang-kadang kapasitor masih elok jika diperiksa dengan menggunakan multimeter namun tidak berfungsi pada papan litar.

NPN transistor

Masalah sedemikian adalah disebabkan ESR (equivalent series resistance) pada kapasitor tinggi dan ianya tidak mampu diperiksa dengan menggunakan multimeter biasa.

PNP transistor

Hari ini saya kongsikan sebuah alat yang mampu menguji komponen seperti transistor, diod, triac, mosfet, inductor, kapasitor dan banyak lagi.

Diod

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah sebahagian komponen yang telah saya uji dan ianya sangat membantu kita ketika melakukan kerja-kerja memeriksa kesihatan komponen.

LED

Selain memberitahu kita komponen yang diperiksa itu elok atau tidak, ianya juga membekalkan info kedudukan terminal komponen seperti terminal base, emitter dan collector pada transistor.

Triac

Tujuan saya beli LCR-T4 ESR meter ini selain untuk menguji komponen ialah ianya juga mampu mengukur ESR pada kapasitor.

Mosfet

Ianya sangat mudah digunakan dan anda cuma perlu memasukkan terminal kapasitor kepada slot yang disediakan dan tekan butang yang berwarna biru sahaja.

Inductor

Gambar di bawah adalah contoh bacaan ESR pada kapasitor yang saya dapat ketika menguji sebiji kapasitor 1800uF, 6.3v.

Kapasitor

Jadual di bawah adalah rujukan bacaan ESR yang elok mengikut nilainya serta voltan. Secara amnya, bacaan ESR yang rendah adalah baik dan jika jauh berbeza ianya perlu diganti walaupun nilai kapasitannya masih elok.

Carta ESR kapasitor

Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut.

Thursday, 19 May 2022

SMBJ9.0CA (AV) TVS diode

Setelah 3 minggu berlalu akhirnya TVS diod SMBJ9.0CA yang saya beli melalui atas talian telah tiba.

SMBJ9.0CA

TVS diode ini saya beli untuk baiki multimeter berjenama Pro'sKit yang telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

100 biji...

Saya cuma memerlukan sebiji TVS diode sahaja namun ianya dijual dengan jumlah minima sebanyak 100 biji.

TVS diode (SMBJ9.0CA)

Kini multimeter ini ada perlindungan keselamatan (safety) semula setelah TVS diode yang rosak telah saya gantikan dengan yang baharu.

Gantikan dengan yang baharu...

Saya kini ada 99 biji TVS diode SMBJ9.0CA di tangan dan jika ada yang memerlukannya, sila hubungi saya untuk urusan pembayaran serta penghantaran.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Wednesday, 18 May 2022

NASTY FIX disposable pod repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan sebuah 'disposble pod' yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

NASTY FIX (disposable pod)

Hujung minggu lepas ketika berjogging, saya menemui sebuah lagi 'disposable pod' berjenama NASTY FIX seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, wayar merah (positif) putus dan voltan pada bateri terlalu rendah iaitu cuma 1.88v sahaja.

Wayar positif putus...

Sebelum wayar terputus disambung kembali kepada 'micro air pressure sensor', saya sambungkan bateri kepada module TP4056 untuk mengecas baterinya.

Sambungan pada sensor...

Setelah bateri penuh dicas dan diuji, rokok elektronik ini boleh berfungsi dan masih boleh menghasilkan asap putih.

Sebelum di cas (1.88v)

Saya berpendapat 'disposable pod' seperti ini sangat membazir dan biasanya gagal berfungsi sebab baterinya telah kehabisan cas. Bahan kimia dengan pelbagai perisa di dalamnya masih banyak dan dibuang begitu sahaja.

Setelah dicas (4.198v)

Saya tidak merokok dan tujuan saya kutip benda ini ialah untuk mendapatkan baterinya selain sensor serta elemen pemanas untuk kegunaan DIY jika diperlukan kelak.

Keluarkan bateri...

Kepada perokok elektronik, saya cadangkan supaya anda pilih vape daripada 'disposable pod' sebab jika bateri tidak dilupuskan dengan betul, ianya boleh mencemarkan alam sekitar.

850mAh vs 700mAh

Fikir-fikirkan...

Tuesday, 17 May 2022

BOSCH ART 23 Easytrim

Mesin memotong rumput berjenama BOSCH, model: ART 23 easytrim ini telah saya kutip dari tong sampah beberapa bulan yang lepas.

BOSCH ART 23 Easytrime

Ketika dikutip, keadaan luaran kelihatan elok dan cuma kabel wayar telah dipotong seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Model: ART 23 Easytrim

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak selain kabel yang telah dipotong sahaja.

Setelah dibuka...

Mesin memotong rumput ini hanya dilengkapi sebiji motor dan sebiji suis sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan kabel yang baharu...

Memandangkan tiada komponen yang rosak ditemui, saya gantikan kabel dan pemeriksaan pada plug 3-pin dapat bacaan 53.1Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Rintangan armature - 53.1Ω

Saya juga dapati penutup bahagian motor telah ditebuk lubang dan diklip dengan wayar berwarna hijau seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Testing...

Percaya atau tidak, mesin memotong rumput ini boleh berfungsi dan saya tidak pasti kenapa ianya dibuang oleh pemilik.

Selamat mencuba...

Monday, 16 May 2022

ELFBAR 1500

Benda ini saya jumpa ketika berjogging sebulan lepas dan ianya adalah rokok elektronik pakai buang (disposable pod).

ELFBAR 1500

Ketika saya menemuinya ianya dalam keadaan separa terbuka dan saya mengutipnya sebab ada komponen elektrik kelihatan berguna selain ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Setelah dibuka...

Gambar di atas adalah komponen yang ada di dalamnya setelah dibuka. Cara kerjanya sangat mudah iaitu suisnya pada 'micro air pressure sensor'.

Elemen pemanas...

Elemen pemanas (heater) atau 'heating element' akan panas ketika disedut sebab 'micro air pressure sensor' telah dihidupkan dan mengeluarkan asap putih.

Bateri lithium - 850mAh

Rokok elektronik ini akan gagal berfungsi apabila baterinya telah kehabisan cas. Voltan bateri cuma tinggal 2.2v sahaja sewaktu ditemui seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sebelum di cas - 2.266v

Saya telah sambungkan bateri tersebut ke module TP4056 untuk dicas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cas guna module TP4056

Baterinya masih elok dan masih boleh dicas penuh sehingga lampu indikator pada module TP4056 bertukar dari warna merah ke biru.

Cas dah penuh...

Jadi, jika anda terjumpa benda seperti ini yang dibuang, anda boleh kutip dan bateri di dalamnya masih elok serta boleh digunakan untuk projek DIY.

Selepas dicas - 4.195v

Selamat berDIY...

Sunday, 15 May 2022

YouTubers vs Blogger

Saya mula menulis blog pada tahun 2012 sebab diberitahu boleh menjana pendapatan sebagai blogger melalui google adsense.

Google adsense bermula ogos 2019

Akaun google adsense cuma mula menjana pendapatan pada penghujung bulan ogos 2019. Sebelum itu saya pernah mendapat kelulusan akaun google adsense namun hanya bertahan beberapa hari sahaja dan telah di 'banned' selepas itu tanpa diketahui puncanya.

YPP - mulai mac 2022

YouTube Partner Program (TPP) pula hanya bermula pada penghujung bulan mac tahun ini atau lebih tepat mulai 28/03/2022.

April 2022

Pendapatan yang dijana melalui blog sejak ogos 2019 sehingga 30/04/2022 cuma $76.12 sahaja namun YPP mampu menjana $21.40 (Mac - $1.04 & April - $20.36)  mulai 28/3/2022 sehingga 30/04/2022.


Tujuan asal akaun YouTube saya ialah untuk memuat naik video bagi kegunaan blog sahaja namun kini YouTube boleh menjana pendapatan lebih cepat berbanding menulis blog.

As at 30/4/2022

Mungkin selepas ini saya perlu beri tumpuan lebih kepada YPP berbanding blog...