Thursday, 24 March 2022

KDK 25TGQ7 ventilating fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin dengan masalah langsung tidak berfungsi.

KDK 25TGQ7 ventilating fan

Menurut pemilik, ianya baru dibeli dan rosak setelah terjatuh dari tingkat 8 bangunan sewaktu hendak dipasang.

Model: 25TGQ7

Apa yang mengejutkan saya ialah, hanya bahagian belakang motor sahaja yang sedikit kemek seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Penutup belakang kemek...

Setelah motornya saya buka, papan litar (PCB) yang menyambungkan bekalan elektrik telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

PCB tanggal & wayar tembaga putus...

4 helai wayar halus dari bahagian stator motor yang disambung ke papan litar juga putus namun nasib agak baik sebab bahagian yang putus semuanya kelihatan dan telah berjaya disambung kembali.

Kapasitor seramik 3.3uF

Kipas angin ini menggunakan sebiji kapasitor seramik dengan nilai 3.3uF melalui wayar berwarna merah dan putih.

Siap...

Kipas angin yang jatuh dari tingkat 8 ini berjaya diselamatkan setelah hanya dengan menyambungkan 4 helai wayar yang terputus serta memasang kembali papan litar sahaja.

580Ω

Selamat mencuba...

Wednesday, 23 March 2022

Paip PVC bocor di atas siling

Sebelum ini saya telah kongsikan kemunculan tompokan hitam pada siling rumah dan anda boleh rujuk di sini.

Tompokan hitam muncul kembali...

Beberapa hari selepas dilap, tompokan hitam kembali lagi dan saya biarkan sahaja sebab sibuk dengan kerja harian dan hanya hari ahad sahaja ada masa terluang.

Kulat tumbuh pada siling...

Sekali sekala saya dapati ada air yang menitis ke basin yang saya simpan di bawahnya ketika berada di rumah pada waktu malam.

Titisan air yang tunggu jatuh pada siling...

Hujung minggu lepas sewaktu membuat pemeriksaan, siling telah bocor setelah saya tekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kali ini saya terpaksa potong siling dan bahagian yang basah telah hancur sewaktu dipotong seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siling hancur ketika dipotong...

Setelah 'gypsum board' siling saya potong, jelas kelihatan ada kebocoran pada paip PVC di atasnya dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Paip PVC bocor...

Apa yang mengejutkan saya ialah kelihatan ada dua ekor cacing pada bahagian air yang meleleh dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada cacing!!!

Saya tidak pasti kenapa paip PVC tersebut bocor di situ dan yang pasti ianya tidak rapuh.

Bersihkan bahagian yang bocor...

Saya cuba tutup lubang tersebut namun gagal sebab basah dan apa yang saya lakukan untuk menghentikan kebocoran ialah melakukan 'PVC welding' dengan menggunakan 'soldering iron'.

PVC welding...

Cara melakukan 'PVC welding' adalah sama seperti 'plastic welding' yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Tiada kebocoran lagi...

Setelah tiada kebocoran lagi, saya potong sekeping PVC dan gam dengan menggunakan gam PVC untuk mengelak pisang berbuah dua kali.

Tampal sekeping PVC elak bocor lagi...

Saya biarkan siling yang telah dipotong begitu sahaja sebab masih lagi basah.

Biarkan sehingga kering sebelum ditutup...

Hari ahad nanti saya akan tutup lubang pada siling tersebut jika telah kering.

Selamat berDIY...

Tuesday, 22 March 2022

LG 42LD650-TA LED TV repair

Bulan lepas saya telah dirujuk sebuah TV LCD berjenama LG, model 42LD650-TA dengan masalah boleh padam dengan sendiri secara tiba-tiba ketika menonton siaran.

42LC650-TA

Menurut pemilik, kejadian padam sendiri berlaku setelah kira-kira 30 minit digunakan dan ianya boleh dihidupkan semula dengan menggunakan alat kawalan jauh.

LG 42LD650-TA

Gambar di bawah menunjukkan papan litar yang kelihatan setelah penutup belakang saya buka dan pemeriksaan pada PSU (power supply unit) tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Setelah penutup dibuka...

Begitu juga dengan papan litar utama (mainboard), tiada komponen yang rosak ditemui. Voltan yang sepatutunya dibekalkan oleh PSU semuanya elok.

Mainboard

Memandangkan tiada kerosakkan ditemui, saya syak masalah 'cold solder joint' pada processor dan apa yang saya lakukan ialah 'reheat' processor dengan bantuan flux selama 2 minit pada suhu 350°C.

TV ini telah sebulan dipulangkan kepada pemilik dan tiada aduan masalah padam sendiri lagi berlaku sehingga blog ini ditulis.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 21 March 2022

ECONLITE LE-908 KELUAR sign repair

Hari ini saya dirujuk sebuah lampu kecemasan keluar berjenama ECONLITE, model LE-908 dengan masalah langsung tidak berfungsi.

Keluar sign berjenama ECONLITE

Masalah biasa lampu kecemasan jika tidak berfungsi ialah disebabkan kerosakkan bateri namun setelah bateri ditukar, ianya masih juga tidak berfungsi.

Model: LE-908

Seterusnya saya memeriksa komponen yang ada pada papan litar dan juga tidak menemui sebarang kerosakkan.

Setelah papan litar dibuka...

Apabila saya buka papan litar, saya menemui satu litar telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Lampu kecemasan ini kembali berfungsi setelah litar yang putus telah saya sambung dengan menggunakan wayar.

Sambung litar yang putus...

Lampu kecemasan ini menggunakan 10 biji lampu LED dan hanya sebiji saya yang terang ketika telah berjaya dihidupkan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sebiji sahaja lampu LED terang...

Gambar di bawah menunjukkan kesemua lampu LED yang malap telah saya gantikan dan ianya berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Gantikan semua lampu LED...

Selamat mencuba...

Sunday, 20 March 2022

Mungkin tikus mati di atas siling rumah

Hujung bulan lepas, pada 27/2/2022 tiba-tiba muncul satu tompokkan seperti ada kebocoran air pada siling di bilik tingkat bawah rumah saya. Kebetulan kedudukan tersebut di tepi bilik air tingkat atas.

27/02/2022

Tompokan tersebut semakin membesar dari sehari ke sehari seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

01/03/2022

Jelas kelihatan ada kesan basah pada bahagian tepi tompokkan tersebut namun tiada air yang menitis.

03/03/2022

Dalam masa yang sama, saya juga telah menyimpan sebuah basin di bawah tompokan tersebut sebab tiada masa membuka siling untuk membuat pemeriksaan.

05/03/2022
Pada hari ahad (06/03/2022) lepas saya berhajat membuka siling untuk membuat pemeriksaan namun setelah melihat tompokan tersebut dari dekat, ianya kelihatan seperti tumbuhan kulat/fungus dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

06/03/2022

Hajat memotong siling saya batalkan setelah tompokan tersebut telah saya lap dan ianya sememangnya adalah tompokan kulat/fungus

Setelah dilap...

Mungkinkah ianya disebabkan tikus yang mati serta buruk di atas siling?

To be continue...

Saturday, 19 March 2022

Remote control infrared detector

Hari ini saya kongsikan sebuah alat buatan sendiri untuk mengesan infrared dari alat kawalan jauh.

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. sebiji IR sensor
  2. sebiji LED
  3. 2 biji bateri AA

Skematik

Tujuan saya buat alat pengesan infrared ini ialah untuk menguji alat kawalan jauh yang telah dibaiki dan tidak perlu lagi menggunakan kamera telefon bimbit untuk membuat pemeriksaan selepas ini.

Selamat mencuba...


Friday, 18 March 2022

DLY-A0701NA LED driver repair

Minggu lepas saya telah kongsikan pengalaman membaiki dua biji LED driver yang serupa dan anda boleh rujuk di sini.
Model: DLY-A070NA

Hari ini saya cuba baiki pula sebiji lagi LED driver yang kelihatan rosak teruk sebelum ini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dibuka.

Meletup pada bahagian input...

Sekali pandang, apa yang terlintas di fikiran saya ialah rosak teruk dan saya tinggalkan atas alasan susah atau mungkin gagal dibaiki.

'safety capacitor' meletup...

Setelah kapasitor yang meletup serta wayar penyambung dibuka, papan litar tidak rosak dan cuma kelihatan hitam akibat letupan. Walaupun perintang putus namun rectifier masih elok dan tidak rosak.

Buka komponen yang rosak...

Komponen yang ditemui rosak ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. sebiji perintang 10Ω (bertindak sebagai fius)
  2. sebiji kapasitor 0.22uF, 275v (berwarna kuning)
  3. potong dan sambung wayar yang telah lebur
Komponen rosak telah ditukar...

Walaupun kelihatan rosak teruk, ianya juga berjaya dibaiki dan memerlukan ketelitian lebih. Perintang yang saya gantikan sedikit tinggi iaitu 12Ω.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 17 March 2022

vtech my alphabet phonics book repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah 'my alphabet phonic book' berjenama vtech dengan masalah langsung tidak berfungsi.

vtech my alphabet phonics book

'My alphabet phonics book' ini menggunakan 3 biji bateri jenis AA dan ianya langsung tidak berfungsi walaupun telah saya pasangkan bateri baharu.

Made in China

Setelah dibuka, saya mendapati wayar yang disambung kepada bateri telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Wayar putus...

'My alphabet phonics book' ini kembali berfungsi semula setelah wayar bateri yang putus telah saya sambung kembali.

Sambung kembali wayar yang putus...

Selamat mencuba...