Wednesday, 9 March 2016

Gerhana Matahari - 06/03/2016

Fenomena Gerhana Matahari jarang berlaku dan kali terakhir saya melihat dengan mata sendiri ialah pada tahun 2010. Jika anda ingin melihat dengan mata sendiri, kejadian gerhana matahari ini akan berulang lagi pada 26/12/2019.

Untuk makluman, gerhana matahari terjadi ketika kedudukan bumi, bulan dan matahari dalam satu garisan lurus dan bahagian matahari yang tidak kelihatan itu dilindungi oleh bulan. Berikut merupakan rakaman gambar yang sempat saya ambil pagi tadi.
08:07hrs
08;28hrs
08:35hrs
08:40hrs
08:50hrs
09:00hrs
09:15hrs

Sunday, 11 October 2015

Glowing Blue Waves (Blue Tears)

Baru-baru ini, Miri, Sarawak telah digemparkan dengan satu fenomena yang jarang berlaku iaitu di mana ombak laut mengeluarkan cahaya yang berwarna biru. Kejadian ini telah bermula pada penghujung bulan september tahun ini dan saya sendiri telah menyaksikannya pada 05/10/2015 & 06/10/2015 di dua lokasi yang berbeza seperti pada gambar di bawah.
Pantai Tusan (06/10/2015)
Kejadian ini juga dikenali sebagai "Blue Tears" atau "Glowing Blue Waves" dan jarang berlaku di dunia. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama saya melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. ;)
Pantai Tusan (06/10/2015)
Warna biru dihasilkan oleh tumbuhan marin yang dikenali sebagai "phytoplankton". Jika anda berpeluang mengambil air laut yang mengandungi 'phytoplankton', anda boleh mengisi air laut di dalam botol. Warna biru hanya kelihatan jika anda mengoncang air laut yang mengandungi 'phytoplankton'.
Pantai Tusan (06/10/2015)
Jika anda berada di mana-mana pantai yang mempunyai 'blue tears', anda hanya perlu mengacau air laut tersebut dan warna biru akan muncul. Jika anda berjalan di gigi pantai, bekas tapak kaki yang telah anda pijak juga akan menghasilkan warna biru. Warna biru tersebut akan hilang dalam beberapa saat sahaja.
Batu Satu, Kuala Baram (05/10/2015)

Kejadian 'blue tears' ini mengingatkan saya kepada satu cerita hollywood 'AVATAR' di mana kesan tapak kaki yang berwarna biru terhasil apabila dipijak.

Thursday, 23 April 2015

Baiki Motherboard CPU - ACER EG31M V1.1.

Dewasa ini komputer merupakan sesuatu yang mesti dan harus dimiliki oleh setiap individu walaupun telefon pintar kini telah mulai mengambil alih sebahagian besar tugasan komputer. Namun jika komputer anda mengalami masalah, kebiasaannya anda akan menghantarnya ke kedai komputer untuk dibaiki.

Sekiranya masalah melibatkan motherboard, jurutenik akan memberitahu anda bahawa ianya tidak dapat dibaiki dan harus diganti dengan yang baru. Harga sekeping motherboard mencecah ratusan ringgit dan bergantung kepada jenama serta kemampuannya. 

Kebiasaannya ketika motherboard rosak, masalah yang sering timbul ialah tiada motherboard versi tersebut lagi di pasaran disebabkan telah ditamatkan pengeluarannya atas sebab ada versi yang lebih canggih telah dicipta. Mahu tak mahu anda terpaksa beli CPU yang baru atau mungkin gantikan sahaja dengan motherboard versi yang baru.

Tahukah anda bahawa sebenarnya motherboard boleh dibaiki? Berikut merupakan motherboard ACER yang telah saya baiki. Untuk makluman, masalah yang dihadapi ialah komputer tersebut boleh dihidupkan namun berakhir dengan 'reboot' tanpa membuka atau memasuki 'windows'.

Motherboard ACER EG31M V1.1.
kerosakan dijumpai - kapasitor yang harus diganti...

Kapasitor yang rosak biasanya akan kembung pada bahagian belakang dan mengeluarkan cecair yang berwarna kekuningan seperti pada gambar di atas dan harus diganti.

Kos sebiji kapasitor cuma RM4 sahaja...
Kapasitor yang rosak telah dikeluarkan dari papan litar...
Gantikan dengan kapasitor yang baru...
Pastikan bacaan kapasitor adalah sama - 1800uF, 6.3V
Pastikan anda tahu +ve & -ve pada kapasitor

Untuk makluman, terdapat 2 jenis kapasitor iaitu AC (Alternative current) & DC (Direct current). Dalam komputer semua kapasitornya jenis DC dan ketika menggantikannya pastikan -ve & +ve tidak dipasang terbalik. Bahagian yang berwarna putih pada papan litar ialah -ve. Sekiranya di pasang terbalik, anda akan merosakkan keseluruhan motherboard tersebut ketika cuba menghidupkan komputer tersebut.

Bahagian belakang papan litar...
Patrikan dengan kemas...
Siap - potong bahagian yang tidak berkenaan supaya nampak kemas.

Sekiranya anda tidak pandai melakukan sendiri untuk menukar kapasitor tersebut, anda boleh lah menghantarnya ke kedai eletronik untuk mendapatkan khidmat pakar mereka.

Selamat mencuba...

Tuesday, 10 February 2015

Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 Hakim


HAKIM-HAKIM YANG PERNAH MEMALUKAN NEGARA, DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN RAKAN HAKIM

Hari ini pada 2015. Ku simpan di sini untuk ku fahami erti perjuangan. Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 Hakim:

1- Arifin Zakaria
2- Abdul Hamid Embong
3- Md Raus Sharif
4- Suriyadi Halim Omar
5- Ramly Ali

Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

Sumber

Saturday, 16 August 2014

Candy Crush Saga (Dreamworld) - Level 380

Hari ini saya kongsikan pula masalah tenikal untuk Candy Crush Saga (Dreamworld), tahap 380. Saya telah berjaya menghapuskan kesemua 'jelly' namun tidak dapat menamatkan permainan. Ini disebabkan terdapat satu 'jelly' yang tersembunyi di bawah pembuat coklat seperti pada gambar di bawah.
Pandangan sebelum game di mulakan...

Pandangan setelah salah satu kek telah terhapus...

bagaimana hapuskan 'jelly' di bawah pembuat coklat?

Sunday, 3 August 2014

Candy Crush Saga - Dreamworld

Level 351
Hari ini saya kongsikan sesuatu yang pelik tetapi benar sepanjang bermain candy crush saga (dreamworld). Kejadian ini berlaku kelmarin (2/8/2014) ketika saya di peringkat 351, saya gagal menempuhi peringkat tersebut tetapi entah bagaimana saya dibenarkan bermain di peringkat yang seterusnya.

Jika di lihat pada gambar di atas, saya tidak mendapat sebarang bintang pada peringkat 351. Pada petang tadi saya telah berjaya mendapat 3 bintang namum setelah diperiksa semula sebentar tadi, ianya tetap tanpa sebarang markah seperti pada gambar di bawah.
Tanpa sebarang markah...
Pelik tapi benar...

Sunday, 13 July 2014

Derma Darah

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang penderma darah. Kali pertama saya menderma darah ialah pada 13/4/2008 dan sejak itu saya tidak pernah gagal untuk menderma darah setiap 3 bulan sehingga 27/12/2009. Dalam tempoh tersebut saya telah berjaya menderma sebanyak 8 kali dan selepas itu saya tidak layak lagi untuk menderma darah disebabkan oleh masalah komplikasi thyroid.

Masalah komplikasi thyroid saya bermula pada tahun 2010 dan saya terpaksa mengambil ubat selama setahun untuk pulih. Namun setelah pulih, saya masih tidak layak untuk menderma darah disebabkan perlu menjalani siri pemeriksaan darah agar tiada komplikasi thyroid berulang semula serta stabil.

Sejak dari tahun 2010 sehingga ke tahun ini saya tidak layak untuk menderma darah, namun semalam saya telah berjaya dan layak untuk menderma darah semula. Berikut merupakan proses yang harus dilalui oleh setiap penderma darah sebelum layak untuk menderma.
pemeriksaan darah
Setiap penderma haruslah mengisi borang sebelum layak untuk menderma darah. Ketika pemeriksaan darah, Haemoglobin (HB) saya ialah 16 dan Tekanan darah (BP) saya pula ialah 70/110.
Kena bius dulu... (tak sakit tau, sakit lagi kena gigit nyamuk)

Ini lah jarum yang bakal menusuk ke dalam salur darah...

Dah masuk ke salur darah...

proses bermula...

satu bungkus 450ml...

Dapat sijil - sempena menyambut 'world red cross day'

kalau nasib baik, keluar surat khabar (United Daily News 13/7/14)

Tuesday, 27 May 2014

Employee of the Month

Pada 03/05/2014 lepas, satu-satunya bunga di taman 'fitness center' juga telah terpilih sebagai 'employee of the month'. Kini kesemua kakitangan bahagian 'fitness center' di bawah seliaan saya telah mendapat anugerah 'employee of the month'. Semoga jabatan 'fitness center' kami akan terus berkhidmat dengan cemerlang.

Anugerah pertama ialah pada bulan July 2013 & kedua pada Oktober 2013.