Saturday, 14 July 2012

Karnival 1 Hijau 1 Komuniti

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini telah menganjurkan karnival 1 Hijau 1 Komuniti di Miri, Sarawak. Banyak gerai-gerai didirikan berhampiran dan mempromosikan konsep kitar semula.
GreenMan
Dalam banyak-banyak aktiviti yang berlangsung pada hari ini, saya tertarik dengan kehadiran seorang warga Jerman yang mempromosikan kampungnya di Jerman dengan penduduk seramai kira-kira 500 orang dan M'sia merupakan rumah keduanya.
GreenMan bilang baju yang dia pakai ini dibuat dari botol plastik...
Banyak masalah 'hijau' yang telah beliau ketengahkan dan harus dipertimbangkan demi anak cucu cicit kita akan datang. Namun ada juga beberapa 'point' yang beliau ketengahkan mengundang saya untuk mengulas. Antaranya ialah seperti berikut:-

1. Penghasilan gas carbon dioksida yang berlebihan oleh rumah hijau. Sejak bila pula negara kita yang beriklim khatulistiwa memerlukan rumah hijau?

2. Tinggal cara kampung. Sarawak sememangnya luas tetapi masalahnya ialah semua tanah-tanah di Sarawak telah dimiliki (tak payah gossip siapa pemiliknya) dan begitu juga dengan kemudahan infrastruktur yang teramat mundur. Banyak lagi kampung-kampung di Sarawak yang masih tidak mempunyai bekalan air bersih serta eletrik. Mungkinkah orang ramai akan memilih untuk tinggal di kampung yang tanpa kemudahan asas?
3. Pengunaan beg kitar semula (recycle bag) ketika membeli belah. Saya menyokong pengunaan beg kitar semula tetapi saya juga menghadapi masalah tanpa beg plastik. Kutipan sampah di Miri diselengarakan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan pihak bandaraya cuma mengutip sampah yang dibungkus dengan beg plastik sahaja. Sekiranya tiada beg plastik diberi ketika membeli-belah dari mana kita memperolehi beg plastik untuk membungkus sampah?

Saya sering menghadapi masalah sampah tidak dikutip berbulan-bulan disebabkan sampah saya tidak dibungkus sebab tak ada beg plastik. Kadang kala sampah berulat dan mengeluarkan bau busuk yang meloyakan dari tong sampah di depan rumah. Adakah konsep tanpa beg plastik ini membantu atau menyusahkan di Miri? 
TOYOTA PRIUS
4. Guna pengangkutan awam, kereta hybrid atau kereta hidro (jika ada). Berapa ramai yang mampu memiliki kereta hybrid? Kalau mampu pun ramai yang pilih kereta berprestasi tinggi (high performance car) atau 'super car' seperti R35, Ferrari atau lamborghini. Saya masih berpendapat bahawa kereta hybrid masih tidak 'cost effective' disebabkan teknologinya yang masih hijau.
Harga sebiji battery untuk kereta hybrid kini kira-kira RM8,000 (dulu kira-kira RM15,000) dan berapa ramai pemilik yang mampu menyelengaranya? Ramai pembeli kereta tak mampu membayar 10% pendahuluan harga kereta (down payment) seperti yang dikehendaki oleh akta sewa beli. Namun dapat pinjaman juga di bank...

5. Pembaziran tenaga elektrik & Air. Saya sememangnya menyokong untuk tidak membazir pengunaan tenaga elektrik seperti memadamkan suis peralatan elektrik jika tidak digunakan, guna kipas angin jika cuaca tidak panas melampau dan guna produk 'energy saver'.

Namun ada pengalaman buruk selepas saya berjimat mengunakan tenaga elektrik. Beberapa bulan yang lepas ketika saya tidak berada di rumah, pihak SESCO (Sarawak Electricity Supply Corpotation) telah masuk ke halaman rumah saya dan menukar meter elektrik saya dengan alasan saya telah menggangu meter tersebut dan mengesyaki saya mencuri elektrik. Saya juga dikenakan caj pemangsangan serta kos meter tersebut sebanyak RM151.85. Persoalan saya ialah, bagaimana mereka masuk ke rumah saya ketika pagar rumah dikunci? Penguatkuasa pun mereka, pencuri pun mereka...
Saya sempat berbual dengan Mat Jerman tersebut mengenai beberapa masalah yang saya hadapi seperti di atas apabila menyokong usaha kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup hijau. Jawapan yang beliau berikan amat memeranjatkan saya. Katanya polisi kerajaan kita tidak mesra rakyat, tidak 'universal' dan tidak demokratik... lu pikir la sendiri!

Pun begitu saya sempat juga memuji kecermerlangan orang Jerman dalam arena sukan permotoran F1 seperti Michael Schumacher dan Sebestian Vettel. Ujarnya kepada saya 'did you know that our highway speed is unlimited?'. Negara kita cuma boleh pandu 110kmj sahaja di lebuhraya, macam mana mahu melahirkan pelumba F1? Satu-satunya pemandu F1 negara, Alex Yoong tidak layak untuk memandu di beberapa litar lumba antarabangsa acara tahunan berikutan gagal melepasi had ujian kelayakan masa iaitu 107% masa terpantas. Mungkin inilah sebabnya ramai peminat sukan permotoran negara kita cuma layak digelar mat rempit atau lumba haram sahaja termasuk saya...
Inilah pen 'hijau'. Boleh tak beli pen ini dengan harga RM1 seperti pen 1M'sia
Ini model untuk kereta hidro - membrane technology

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.