Monday, 31 January 2022

LG 22LD330-TA LCD TV repair

Sebelum ini saya pernah membaiki TV jenis LCD seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

TV LCD ini pernah saya baiki sebelum ini dengan masalah yang sama iaitu layar tidak menyala dan cuma lampu indikator berwarna biru sahaja berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

LG 22LD330-TA

Jika TV elok, lampu indikator merah akan menyala ketika 'standby' dan bertukar ke warna biru apabila TV dihidupkan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan sebiji kapasitor bahagian output 1000uF, 25v telah saya tukar dahulu dan ditandakan pada gambar di bawah.

PSU (Power Supply Unit)

Pemeriksaan menyeluruh pada PSU menemui dua biji lagi kapasitor pada bahagian output rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gantikan kapasitor yang rosak...

Biasanya kapasitor yang rosak boleh dilihat dengan mata kasar iaitu kembung namun kali ini kapasitornya kelihatan elok dan apabila diukur dengan multimeter, nilai kapasitan telah jauh berubah.

Kapasitor rosak - 1000uF, 25v

Selain nilai kapasitan yang telah jauh berubah, jika anda dapat bacaan yang berubah-ubah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah, kapasitor tersebut juga rosak dan perlu ditukar.

Setelah kedua-dua kapasitor 1000uf, 25v telah ditukar dan diuji, kini lampu indikator merah menyala ketika keadaan 'standby' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lampu merah - standby

TV ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula. Menurut pemilik, TV ini dibeli pada tahun 2010 dan disambung ke sistem CCTV 24 jam setiap hari tanpa dipadam.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Sunday, 30 January 2022

Scammer - panggilan dari mahkamah

Dua minggu lepas pada 16/01/2022 pada pukul 9:05 saya telah menerima panggilan dari 013-763 2571 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

16/01/2022 @ 9:05hrs

Saya hanya sempat merakam sebahagian perbualan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah. Seingat saya, pemanggil memperkenalkan diri dalam bentuk rakaman dan membuat panggilan dari mahkamah.

Panggilan tersebut putus sebelum saya sempat menekan 9 untuk bercakap dengan pegawai seperti yang disuruh.

Selama ini saya banyak mendengar atau terbaca berita mengenai kegiatan penipuan seperti ini dan ramai yang telah ditipu.

Modus operandi mereka seterusnya jika mangsa terperangkap ialah mereka tawarkan bantuan dan meminta membuka akaun atau memindahkan sejumlah wang ke akaun tertentu bagi mengelak dikenakan tindakan mahkamah.

Kata orang tua-tua, 'duit tiada mata' dan jika anda pindahkan kepada akaun orang lain, ianya jadi milik orang lain.

Banyak yang meragukan dari panggilan tersebut dan di antaranya ialah:-

  1. Mahkamah tidak bekerja pada hari minggu
  2. Biasanya kita akan mendengar rakaman suara jika membuat panggilan dan bukan ketika menerima panggilan
  3. Jika benar ada tunggakan cukai, LHDN yang akan menghubungi kita dan bukannya mahkamah
  4. Pihak LHDN biasanya akan menghantar surat bertulis kepada kita dahulu sebelum menelefon kita (jika ada)
  5. Jika benar mahkamah yang membuat panggilan, mereka akan menggunakan talian tetap dan bukannya talian telefon bimbit.
  6. Mengutip tunggakan cukai bukan kerja mahkamah

Jika anda ada terjawab panggilan sedemikian, apa yang anda perlu jawab ialah suruh mereka teruskan tindakan mahkamah dan letak telefon. Jangan layan sebarang tawar-menawar terutamanya yang melibatkan pemindahan wang.

Berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan atas talian...

Saturday, 29 January 2022

Shorted LG MS-192W microwave

Semalam saya dirujuk sebuah ketuhar mikro berjenama LG, model: MS-192W dengan masalah litar pintas.

LG MS-192W

Pemilik memberitahu saya seluruh rumah bergelap apabila suis dihidupkan dan masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan ada litar pintas.

Ada litar pintas...

Pemeriksaan awal pada 'plug top' mendapati ada sedikit litar pintas pada terminal wayar hidup (L) dan wayar bumi (E).

Cicak punca litar pintas...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui seekor cicak mati dan menyentuh bahagian fius dan chassis microwave seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Masalah litar pintas selesai setelah cicak tersebut telah saya buang dan tidak lagi menyebabkan seluruh rumah bergelap apabila suis microwave dihidupkan.

Tested - ok

Gambar di bawah menunjukkan rupa cicak yang mati di tempat kejadian akibat renjatan elektrik.

Cicak panggang...

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk sebuah TV yang mengalami litar pintas juga akibat cicak dan anda boleh rujuk di sini.

Selamat mencuba...

Friday, 28 January 2022

Jangan tukar ganggang telefon

Sebelum ini saya pernah dirujuk telefon berjenama TelPhone, Model: TP-8085 seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

TelPhone TP-8085

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi telefon serupa/sama dengan masalah telefon boleh berdering apabila ada panggilan masuk namun apabila ganggang telefon diangkat, tiada suara kedengaran.

Bukan ganggang telefon asal...

Pemeriksaan awal mendapati ganggang telefon digunakan bukan ganggang asal dan tidak rapat apabila diletak kembali seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambungan mic & speaker terbalik...

Apabila saya tukar dengan ganggang telefon lain, ianya boleh berfungsi dan setelah saya buka dan bandingkan pendawaiaan di dalam ganggang telefon, saya dapati sambungan mikrofon dan speaker terbalik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Potong & tukar sambungan speaker/mic...

Masalah telah ditemui dan apa yang saya lakukan ialah potong serta tukar sambungan mikrofon dengan speaker seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Siap...

Kesimpulan dari penemuan di atas ialah, jangan tukar (swap) ganggang telefon sebab tidak semua pendawaiaan telefon adalah sama.

Selamat mencuba...

Thursday, 27 January 2022

Replace running belt on Life Fitness CLST treadmill

Kebelakangan ini (selepas PKP) saya banyak dipanggil untuk membaiki treadmill dengan masalah kerosakkan 'running belt'.

Life Fitness CLST treadmill

Hari ini saya kongsikan pengalaman menukar 'running belt' untuk treadmill berjenama Life Fitness, model: CLST.

Model: CLST

Sebelum 'running belt' ini koyak, saya pernah dipanggil untuk melaras ketegangan sebab tergelincir (slipping) apabila digunakan.

Running belt koyak...

Seminggu selepas dilaras, kejadian 'slipping' berulang lagi kali ini bahagian yang disambung mulai koyak seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Spanar saiz 14 diperlukan...

'Running belt' yang telah koyak harus diganti demi keselamatan pengguna sebab ia akan putus jika terus digunakan dan sangat merbahaya.

Buka running deck...

Langkah-langkah membuka 'running belt' pada treadmill adalah hampir serupa serta pernah saya kongsikan sebelum ini di sini iaitu:-

  1. Buka kesemua penutup hadapan treadmill
  2. Longgarkan dan buka roller belakang dahulu, kemudian baru buka roller hadapan
  3. Buka papan (running deck) dan keluarkan bersama dengan running belt'

Bersihkan apa yang patut setelah dibuka...

Setelah 'running belt' dan 'running deck' dibuka, bersihkan bahagian dalam yang tidak mampu serta tidak pernah dilakukan sebelum ini sebelum memasang 'running belt' yang baharu.

Running belt baru & lama...

Cara memasang kembali pula ialah:-

  1. susun 'running belt' & 'running deck' pada kedudukan asal readmill
  2. pasang roller bahagian hadapan dulu
  3. kemudian pasang roller bahagian belakang
Siap...

Setelah semua telah dipasang kembali, kerja terakhir ialah melaras ketegangan 'running belt' pada bahagian belakang roller supaya tidak 'slipping' ketika digunakan.

Gambar di bawah adalah 'drive belt' yang digunakan pada treadmill ini dan nombor rujukkannya ialah 12 PJ 938 EJ41T.

Drive belt yang digunakan - 12 PJ 938 EJ41T

'Running belt' ini saya import dari Australia dan saiznya ialah 505mm x 3310mm.

Made in Australia

Banyak kerosakkan 'running belt' berlaku selepas PKP mungkin disebabkan treadmill tidak digunakan untuk jangkamasa lama dan mengakibatkan getah serta fabrik mengeras serta rapuh.


Selamat mencuba...

Wednesday, 26 January 2022

vitalite VEL330/S emergency light repair

Hari ini saya dirujuk sebuah lampu kecemasan berjenama vitalite, model: VEL330/S dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

vitalite VEL330/S

Lampu kecemasan ini masih baru dan dari rekod, ianya dipasang pada 15/10/2021 dan hanya beberapa bulan sahaja digunakan.

Model: VEL330/S

Gambar di bawah menunjukkan papan litar yang digunakan dan ianya dilengkapi dengan 3 biji 'rechargeable battery' yang disambung bersiri.

Sekeping papan litar sahaja...

Pemeriksaan pada papan litar menemui sebiji perintang 2.2MΩ, 1/4w putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Perintang 2.2MΩ putus...

Saya gantikan perintang tersebut dengan 2.7MΩ, 1/2w sebab tiada bekalan dan ianya merupakan nilai yang terdekat yang saya ada.

Siap...

Lampu kecemasan ini berjaya diselalamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah perintang yang putus di atas telah saya gantikan.

Selamat mencuba...

Tuesday, 25 January 2022

KH-T2 decoder repair

Hari ini saya kongsikan  pengalaman baru membaiki dekoder untuk menerima siaran digital MyTV dengan masalah boleh dihidupkan namun tiada layar.

KH-T2 decoder

Ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun kesemua butang tidak berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Setelah penutupnya saya buka, pemeriksaan dengan mata kasar mendapati kapasitor utama telah kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Seperti biasa, kapasitor yang kembung tidak perlu diperiksa lagi dan harus ditukar sebab ianya pasti rosak.

Gantikan kapasitor utama...

Seterusnya saya buka papan litar bahagian hadapan untuk memeriksa 'tact switch' dan ketiga-tiganya tiada keterusan apabila ditekan.

Buka panel hadapan...

'Tact switch' kadang-kadang akan rosak walaupun tidak digunakan serta boleh menyebabkan banyak masalah dan anda boleh rujuk salah satu contoh yang pernah saya kongsikan di sini.

Gantikan 'tact switch' yang rosak...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya setelah siap dibaiki. Kesemua butang kini berfungsi apabila ditekan.

 

Masalah tiada layar yang dikhabarkan oleh pemilik sebelum ini juga selesai.

Tested - ok

Lampu hijau hanya akan menyala apabila dekoder menerima isyarat (signal) siaran. Jika lampu hijau tidak menyala bermaksud tiada isyarat diterima dan anda harus ubah kedudukan antenna atau mencari kedudukan yang sesuai untuk mendapatkan isyarat siaran.

Lampu hijau - signal (isyarat)

Selamat mencuba...

Monday, 24 January 2022

FABER FTF CLASSICO 120 BB table fan repair

Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama FABER, model FTF classico 120 BB dengan masalah seluruh rumah bergelap apabila suis dihidupkan.

FABER FTF classico 120 BB table fan

Pemeriksaan awal pada 'plug top' mendapati ada litar pintas pada terminal wayar bumi (E) dan wayar neutral (N).

Model: FTF classico 120 BB

Seterusnya saya menemui kabel pada bahagian belakang kipas kelihatan terbakar serta lebur dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kabel belakang kipas lebur/hangus

Kabel yang rosak saya potong dan perlu membuka penutup bahagian belakang kipas untuk membuat pendawaiaan semula.

Potong bahagian kabel rosak...

Masalah litar pintas pada terminal wayar bumi (E) dan neutral (N) tiada lagi setelah bahagian kabel yang rosak saya potong dan membuat pendawaiaan semula.

Buka penutup belakang & sambung kabel...

Walaupun litar pintas sedikit sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah jika diukur menggunakan multimeter, ianya sudah memadai untuk mengakibatkan bekalan elektrik di rumah kita putus.

Litar pintas pada wayar neutral dan wayar bumi...

Jika anda ada masalah bekalan elektrik terputus ketika menghidupkan peralatan elektrik, tugas anda ialah mencari punca litar pintas tersebut. Masalah hanya akan selesai setelah litar pintas ditemui dan dibetulkan.

Selamat mencuba...

Sunday, 23 January 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Tahun ini bantuan kerajaan telah dijenamakan semua sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan anda boleh mendaftarkan diri di sini.

1. Klik 'terlupa kata laluan'

Untuk pengetahuan semua, permohonan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Saya pada mulanya daftar menggunakan komputer (PC) dan tidak berjaya. Syarat kelayakan boleh dibaca di sini.

2. Semak e-mail untuk kata laluan...

Semua pemohon harus mendaftar semula dan caranya ialah:-

  1. Lawati laman BKM di sini
  2. Klik 'terlupa kata laluan'
  3. isi nombor kad pengenalan serta alamat e-mail
  4. dapatkan kata laluan di e-mail anda
  5. Log masuk dengan kata laluan yang diberi dan tukar kata laluan
  6. Permohonan diterima dan kemaskini permohonan
3. Permohonan diterima...

Lampirkan juga dokumen yang diminta seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Lampiran diperlukan...


Selamat memohon...

Sumber