Wednesday, 30 June 2021

Carrier RG14A1/E Aircon Remote Control repair

Sebelum ini saya pernah membaiki alat kawalan jauh seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: Carrier

Masalah alat kawalan jauh ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi walaupun baterinya telah ditukar.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah penutup belakangnya saya buka, ianya kelihatan bersih seperti boleh dilihat pada gamabr di atas dan di bawah. Hanya bahagian penyambung terminal bateri sahaja kelihatan berkarat akibat cecair bateri yang bocor.

Buka lagi...

Namun setelah keypad dibuka, banyak bahagian yang berkarat seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kerosakkan akibat cecair bateri yang bocor...

Litar PCB ini menggunakan tembaga untuk membuat litar dan apa yang saya lakukan ialah gosok semua litar yang berkarat dengan menggunakan kertas pasir yang halus.

Setelah digosok dengan kertas pasir...

Setelah semua kesan karat telah dibersihkan, banyak litar telah putus kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambungkan litar yang putus...

Saya cuba pateri litar yang putus dengan menggunakan wayar tembaga halus dan gambar di atas menunjukkan bahagian litar yang putus telah saya sambungkan kembali.

Tested - ok

Alat kawalan ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kerja-kerja pembersihan serta menyambung litar yang putus di atas selesai serta diuji.

Type: RG14A1/E

Selamat mencuba...

Tuesday, 29 June 2021

C1775, 2SC1775 & 2SC1775A transistor

Baru-baru ini saya ada membeli transistor jenis NPN dengan nombor rujukan C1775 atau 2SC1775 atau 2SC1775A melalui atas talian.

Tulen vs Tiruan

Biasanya saya akan periksa transistor yang dibeli dahulu sebelum digunakan dan apa yang memeranjatkan saya ialah terminal 'base' dan 'collector' berbeza dari asal seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Datasheet - C1775

Untuk kepastian, saya periksa transistor tersebut dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu terminal 'base' pada terminal tengah dan bukannya terminal tepi.

Terminal base di tengah - tiruan

Sepatutnya terminal 'base' berada di tepi dan terminal 'collector' berada di tengah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terminal base di tepi - tulen

Anda boleh tonton klip video di bawah untuk keterangan lanjut serta cara-cara memeriksa transistor C1775.

Pastikan komponen yang anda beli itu memenuhi speksifikasi asal ketika membuat kerja baiki-membaiki.

C1775

Jika tidak diperiksa dengan teliti sebelum digunakan dan anda terbeli transistor tiruan seperti di atas, kemungkinan besar anda tidak berjaya membaikinya dan mungkin juga akan merosakkan komponen lain pula.

Fikir-fikirkan...

Monday, 28 June 2021

TelPhone TP-8085 telephone repair

Sebelum ini saya pernah membaiki telefon sebegini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Jenama: Telphone

Sebelum dibuka, saya uji telefon tersebut dan ianya boleh berdering namun setelah ganggang di angkat tiada sebarang suara/bunyi kedengaran dari speaker.

Model: TP-8085

Setelah dibuka dan diuji semula, masalahnya ialah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu langsung tidak berfungsi walaupun suisnya telah saya tekan atau dilepaskan.


Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar hanya menemui satu jumper yang berlabel J6 kelihatan berkarat dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Jumper J6 berkarat...

Apabila saya cuba pastikan sambungan jumper J6 tersebut, ianya putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

J6 putus...

Telefon ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan jumper yang berlabel J6 dan ianya masih boleh digunakan semula.

Gantikan jumper baharu...

Selamat mencuba...

Sunday, 27 June 2021

Mini audio amplifier menggunakan sebiji transistor PNP

Sebelum ini saya ada kongsikan cara membuat amplifier dengan menggunakan sebiji transistor NPN dan anda boleh rujuk di sini.

S8550

Hari ini saya kongsikan pula cara membuat amplifier dengan menggunakan sebiji transistor jenis PNP.

cara membuat amplifier dengan menggunakan transisitor jenis

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
cara membuat amplifier dengan menggunakan transisitor jenis

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
cara membuat amplifier dengan menggunakan transisitor jenis

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
A1006

Komponen yang diperlukan juga adalah sama dan cuma menukarkan transistor NPN ke PNP sahaja iaitu:-

  1. Sebiji transistor PNP (S8550)
  2. Sebiji perintang 1.2Ω, 1/2w
  3. Bateri - 3v (Boleh guna sebiji bateri 18650 - 3.7v)
  4. Sebiji kapasitor 100uF, 16v
Komponen yang diperlukan ialah:- Sebiji transistor NPN (S8050) Sebiji perintang 1.2kΩ, 1/2w Bateri - 3V (boleh guna bateri 18650 - 3.7v) Sebiji kapasitor 100uF, 16v

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Skematik

Gambar di atas merupakan lakaran skematik untuk membina mini amplifier dengan menggunakan sebiji transistor PNP. Perbezaannya dengan skematik menggunakan transistor NPN ialah:-

  1. Terbalikkan sambungan bateri
  2. Terbalikkan sambungan kapasitor 100uF, 16v

Selamat mencuba.

Saturday, 26 June 2021

SIGMA Elevator OTIS50E-EE PSU repair

Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini & sini.

OTIS50E-EE

PSU ini menggunakan bekalan elektrik 100vac hingga 120vac sahaja dan perlu menggunakan 'step down transformer' jika ingin mengujinya.

Input - 110vac (belum pernah dibuka)...

Hari ini saya dirujuk PSU yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah iaitu voltan output -15vdc tidak stabil.

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor dengan nilai 330uF, 35v didapati kembung seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Bacaan nilai kapasitor tersebut cuma 90.9uF sahaja apabila diukur dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

90uF sahaja (sepatutnya 330uF)...

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui komponen lain yang rosak selain kapasitor yang kembung di atas.

Kiri - kapasitor rosak, kanan - kapasitor baru

PSU di atas telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan sebiji kapasitor sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 25 June 2021

Logitech ULTIMATE EARS WONDERBOOM 2 bluetooth speaker repair

Semalam saya dirujuk sebuah speaker bluetooth buatan Logitech model: ultimate ears wonderboom 2 dengan masalah tidak mengecas apabila di sambungkan cabel USB.

ULTIMATES EARS WONDERBOOM 2

Sebelum dibuka, saya sempat mengujinya dan apabila butang 'power' ditekan, lampu merah berkelip-kelip beberapa kali dan padam.

soket untuk sambungan kabel usb...

Saya syak masalahnya pada soket penyambung kabel usb yang rosak dan tidak mengalirkan arus elektrik masuk kepada papan litarnya.

Buka penutup atas...

Untuk mengeluarkan serta memeriksa soket penyambung tersebut, kita perlu buka keseluruhan bluetooth sepeaker tersebut sebab ianya terletak pada bahagian bawah sekali.

Keluarkan penutup tepi...

Gambar-gambar di atas dan berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan sehingga soket usb tersebut berjaya dikeluarkan untuk diperiksa.

Buka 4 biji skru pada penutup atas...

Setelah penutup atas dibuka, benda pertama yang saya periksa ialah voltan baterinya dan saya dapat 3.14v sahaja.

Tanggalkan wayar...

Bateri yang digunakan ialah 3.7v dan bacaan 3.14v di atas memberitahu saya ianya memang tidak mengecas.

Kelarkan speaker & bateri...

Selain periksa voltan bateri, saya juga sambungkan kabel usb dan pemeriksaan pada kabel penyambung ke papan litar atas juga tidak menemui sebarang bacaan 5v.

Buka kesemua skru penutup bawah dari dalam...

Gambar di bawah menunjukkan penutup terakhir yang perlu dibuka untuk mengeluarkan soket usb di bawahnya.

Keluarkan soket pengecas...

Pemeriksaan awal setelah kabel usb disambungkan ke soket juga tidak menemui sebarang bacaan 5v pada pin pertama dan ke-5.

Sambungan soket ke papan litar tidak elok...

Pemeriksaan keterusan (continuity) mendapati sambungan pin soket tidak elok dan apa yang saya lakulan ialah pateri semula kelima-lima pin tersebut.

sambung bateri, speaker & soket pengecas untuk diuji...

Percaya atau tidak, setelah siap dipateri, saya periksa voltan semula pada pin 1 dan pin 5 dan mendapat bacaan 5v. Lampu putih juga menyala apabila saya sambungkannya ke papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pasang kembali semua yang telah dileraikan...

Gambar di atas menunjukkan semua yang telah saya leraikan sebelumnya dan perlu di pasang kembali semula.


Klip video di atas saya ambil setelah siap dipateri serta diuji. Klip video di bawah pula saya ambil setelah siap dipasang kembali dan diuji.

Selamat mencuba...

Thursday, 24 June 2021

ALTEC LANSING ATP3 speaker repair

Baru-baru ini saya dirujuk satu set speaker berserta subwoofer (sound system) berjenama ALTEC LANSING untuk dibaiki.

Jenama: ALTEC LANSING

Model 'sound system' tersebut ialah ATP3 dan ianya adalah buatan China.

Model: AT3

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah hanya mengeluarkan bunyi bising sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah apabila telah dihidupkan.

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya hanya menemui sebiji kapasitor 10,000uF, 25v didapati kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor 10,000uF, 25v kembung...

Apabila kapasitor tersebut dikeluarkan dari papan litar dan diperiksa menggunakan multimeter, bacaannya cuma 9pF sahaja seperti boleh dilihat pada gambar dibawah.

Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji semula, masalah selesai dan 'sound system' tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

'Sound system' ini menggunakan sebiji ic dengan nombor rujukan TDA7375 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

TDA7375

Wednesday, 23 June 2021

DIJAYA LED Driver repair

LED driver ini telah saya baiki dua tahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini. Sebiji lampu LED biasanya boleh bertahan selama kira-kira 15,000 jam sehingga 20,000 jam atau kira-kira 2 tahun jika digunakan 24 jam sehari.

Hari ini dia kembali dengan masalah lampu berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Maksudnya setelah dibaiki lepas ianya seperti baru dan boleh bertahan  kira-kira 2 tahun.

Pernah dibaiki 2 tahun lepas - 04/05/2019...

Apabila dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak ditemui...

Setelah siap komponen rosak di atas saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, kini ianya langsung tidak menyala.

Normal... (0.4v - 0.7v)

Pemeriksaan semula menemui sebiji diod berlabel SF16 ada kebocoran seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dibuka dari papan litar dan diuji dengan menggunakan multimeter.

Diod yang elok hanya membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Kita hanya mendapat bacaan sehala sahaja iaitu 0.4v sehingga 0.7v dengan menggunakan fungsi diod pada multimeter.

Ada kebocoran...

LED driver tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah diod berlabel SF16 saya gantikan dengan yang baharu.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji kapasitor 10uF, 400v
  2. sebiji kapasitor 4.7uF, 50v
  3. sebiji kapasitor 100uF, 50v
  4. sebiji diod SF16

Selamat mencuba...