Baru-baru ini saya banyak dirujuk decoder astro lama seperti boleh
dilihat pada gambar di bawah dan merupakan
antara decoder terawal digunakan apabila astro baru memulakan
operasinya.
|
Decoder lama...
|
Selama
saya berkecimpung dalam kerja baiki membaiki decoder astro ini, jarang
decoder lama seperti pada gambar di atas dan di bawah dirujuk kepada
saya untuk diselengara atau di baiki. Anda nak tahu kenapa? Sebabnya
ialah dekoder lama buatan PHILIPS ini sangat berkualiti dan tidak mudah
rosak.
|
Decoder lama astro NJOI
|
Kerosakkan
yang biasa saya baiki untuk decoder lama ini ialah pada bahagian PSU
(power supply unit) dan melibatkan komponen 'wear and tear' yang tidak
dapat dielakkan bila masa telah tiba.
Namun
sejak masuk tahun 2021 ini, banyak pula decoder lama ini dirujuk kepada
saya dengan masalah yang hampir serupa dan hanya melibatkan pengguna
NJOI sahaja.
Untuk pengetahuan semua, astro NJOI diperkenalkan
pada Februari 18, 2012 dan ianya membekalkan saluran percuma dengan
harga RM285.00 sekali bayar sahaja ketika itu.
Kini harganya ialah RM399.00 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gambar
di atas dan di bawah merupakan fenomena biasa dan telah lama saya jumpa
ketika decoder NJOI yang rosak telah saya baiki serta diuji. Ini adalah
disebabkan sistem astro (software) tidak lagi menyokong decoder lama
namun itu bukan masalah utama sebab majoriti pengguna astro NJOI hanya
menonton siaran percuma sahaja dan mereka tak kisah pun channel yang
berbayar.
Untuk
pengetahuan semua, pihak astro hanya menukar decoder baru secara
percuma kepada pelanggan berbayar sahaja. Maksudnya pelanggan NJOI perlu
membeli decoder baru jika rosak dan tidak dapat di baiki lagi.
Sebelum
ini, pelanggan astro yang masih menggunakan decoder lama seperti gambar
pertama di atas masih boleh membeli decoder 'secondhand' dan masukkan
kad astro mereka untuk menonton semula.
Jika tiada alternatif
lain, pelanggan astro NJOI akan disuruh membuat pendaftaran baru dengan
membayar RM399.00 bagi mendapatkan decoder baru supaya boleh menonton
semula.
|
Duit lagi...
|
Berbalik
kepada cerita kenapa kebelakangan ini banyak pengguna NJOI merujuk
decoder kepada saya untuk dibaiki dan hanya melibatkan decoder lama
sahaja.
Masalah terbaru yang sering saya jumpa ialah, decoder
rosak telah saya baiki namun hanya beberapa channel sahaja ada siaran
seperti channel wowshop, pendidikan, bernama serta semua channel radio
sahaja.
|
Signal elok...
|
Seperti
biasa pihak astro akan suruh periksa 'signal' serta buat 'auto update'.
Semua yang disuruh telah saya buat namun masalah tetap sama iaitu
sebahagian channel mengeluarkan mesej 'services currently not available'.
|
Channel free tiada siaran?
|
Pada
pandangan logik saya, ini bukan kerosakkan decoder sebab jika decoder
rosak, semua channel tiada siaran dan bukannya channel tertentu sahaja.
Pihak
astro pada mulanya menyuruh saya bayar RM85.00 untuk menghantar
jurutenik ke rumah membuat pemeriksaan namun saya bertegas tidak mahu sebab saya
yakin dan pasti ianya bukan masalah decoder.
|
Akhirnya mengaku dah...
|
Setelah
saya menghantar bukti-bukti yang ada kepada mereka, akhirnya mereka
mengaku juga yang versi sistem terbaru mereka tidak lagi menyokong
decoder lama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
|
Naik taraf pada 26/1/2021...
|
Jadi,
jika anda yang masih menggunakan decoder lama dan menghadapi kehilangan
siaran secara tiba-tiba, giliran anda telah tiba. Tanpa decoder baru,
anda tidak akan dapat menonton lagi.
Saya ada beberapa pilihan untuk mengatasi masalah di atas:-
- Daftar baru NJOI dengan membayar RM399.00 di sini. Jangan lupa, dulu pihak astro kata bayar sekali sahaja untuk pakej NJOI, kenapa kini anda dipaksa bayar lagi?
- Astro ada kedai di shopee dan anda boleh beli di sini tanpa perlu membayar kos pemasangan dengan 'plug & play' sendiri. Sebelum membuat keputusan, jangan lupa baca ruangan komen yang 'rating' 1 bintang, 2 bintang dan 3 bintang dahulu supaya pisang tidak berbuah dua kali.
- Lupakan saja astro dan bertukar kepada MyTV untuk menonton secara percuma. Anda boleh rujuk artikel berkaitan MyTV saya di sini sebagai rujukan.
- Jika anda ada talian intenet di rumah, boleh pertimbangkan TV Box sebagai alternatif.
- Tukar TV anda kepada IDTV dan menonton MyTV tanpa perlu membeli decoder MyTV.
- Mungkin parabola juga adalah salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk menonton siaran seluruh dunia.
|
One-time payment...
|
Saya berpandangan pihak astro harus bertanggungjawab menukar decoder NJOI lama kepada decoder baru secara percuma kepada semua pelanggan NJOI sebab decoder mereka bukannya rosak tetapi 'dirosakkan' oleh versi sistem terbaru mereka. Itu janji mereka ketika kita melanggan astro NJOI iaitu 'bayar sekali sahaja'.
Kita tidak tahu bila pihak astro akan tukar sistem lagi dan anda perlu menukar decoder yang baru lagi di masa hadapan.
Fikir-fikirkan dan buat pilihan bijak...