Sunday, 8 December 2019

Philips HP8103 Salon Dry Compact hair dryer repair

Jika anda adalah pengguna alat pengering rambut saya yakin anda pernah melalui pengalaman yang saya kongsikan kali ini.
Ada rambut pada pengering rambut...
Pemilik mengadu kepada saya bahawa alat pengering rambutnya menghasilkan 'bau hangus' jika digunakan. pada pengalaman saya membaiki selama ini, saya pasti ada rambut yang tersangkut di dalam alat pengering rambut tersebut dan terbakar ketika ia digunakan.
Buka kipas belakangnya...
Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah alat pengering rambut disebabkan oleh rambut yang melekat di dalamnya dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Rambut belit pada motor kipas...
Tiada rambut kelihatan jika dilihat dari luar namun setelah dibuka apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Keluarkan rambut...
Jika anda ingin membaiki sendiri, pastikan anda keluarkan kipasnya dengan berhati-hati supaya tidak pecah sebab ianya diperbuat daripada plastik dan biasanya telah rapuh setelah lama digunakan.
Masih ada lagi rambut pada rotor kipas...
Keluarkan kesemua rambut yang boleh dilihat dan tidak lupa juga periksa pada rotor kipas seperti yang telah saya tandakan di atas. Jika rambut melekat di situ, ia biasanya akan menyebabkan kipas berputar dengan perlahan dari biasa dan mengakibatkan elemen pemanasnya menjadi merah menyala.
Keluarkan rambut pada rotor kipas...
Selepas kesemua rambut telah dikeluarkan, putar rotor kipas tersebut dan pastikan ianya berputar dengan lancar sebelum dipasang kembali dan diuji.
Banyak tak rambut anda di dalam pengering rambut?
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.