Monday, 9 December 2019

JOVEN PC838P water heater repair

Kali ini saya kongsikan sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: PC838P dengan masalah ianya mengeluarkan bunyi yang bising ketika digunakan.
Jenama: JOVEN, Model: PC838P
Kuasa 'water heater' ini sama dengan 'water heater' yang pernah saya baiki dahulu iaitu 3.6kW namun ianya mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dilengkapi dengan pam untuk meningkatkan tekanan air.
3.6kW, 15A
'Water heater' ini amat sesuai untuk kawasan perumahan yang mempunyai tekanan air rendah atau rumah dua tingkat mahupun kondominium yang tinggi.
Setelah penutup di buka...
Jika sistem air di rumah anda dilengkapi dengan pam sendiri untuk menetapkan tekanan air, anda tidak memerlukan 'water heater' sebegini.
Tanggalkan sambungan wayar neutral (N)
Setelah diperiksa menyeluruh, tiada komponen yang didapati rosak termasuk motornya. Jadi saya terpaksa bekalkan arus elektrik dan menguji 'water heater' tersebut dan mendapati bahawa motor pam tersebut menghasilkan bunyi yang bising.
Potong wayar hidup (L)
Setelah dirujuk permasalahannya kepada pemilik, pemilik memilih untuk tidak menggunakan pam tersebut disebabkan sistem air di rumahnya telah dilengkapi dengan pam sendiri.
Motor tidak berfungsi lagi...
Jadi tugas saya kali ini ialah memutuskan sambungan motor tersebut dan apa yang perlu di lakukan ialah memotong wayar yang membekalkan arus elektrik kepada motor tersebut seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas.
Buka pam di bawah motor...
Selain daripada itu, saya juga buka pam kepada motor tersebut dan mengeluarkan turbin di dalamnya supaya air yang mengalir masuk kepada 'water heater' tersebut lancar. Cara membukanya boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Buka klip untuk mengeluarkan turbin...
Setelah turbin di dalam pam tersebut dikeluarkan dan apa yang harus lakukan untuk memastikan tiada kebocoran ialah dengan menutup bahagian air keluar dengan jari dan tiup dari bahagian air masuk 'water heater' tersebut.
Turbin telah di keluarkan...
Setelah semuanya siap dipasang kembali ke kedudukan asalnya dan diuji, ianya boleh digunakan tanpa motor serta pam tersebut.
Siap...
Pastikan wayar yang telah dipotong dibalut dengan pita wayar untuk keselamatan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

18 comments:

  1. Tuan, sy ada water heater yg sama mcm ni. Masalah yg sy hadapi air yg keluar slow sedangkan air yg masuk deras. Apa punca nya ya? Mohon bantuan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Periksa motor berfungsi atau tidak (jika tidak, cari sebab kenapa tak berfungsi. Biasanya carbon brush habis)
      2. Jika motor ok, cari mana yang sumbat (biasanya magnet pada flow sensor kembung sebab berkarat).

      Delete
  2. Apa ciri2 motor tidak berfungsi ni ya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila 'on', motor tak berpusing.

      Delete
    2. Tuan, selain dua masalah tuan bgtau ni, ada lg x punca lain yg membuatkn air yg keluar slow? Sy sdh tukar magnet dan motor pump juga msh berfungsi.

      Delete
    3. Masalah sumbat tu, periksa dari air masuk sehingga ke air keluar. Buka satu per satu dan tiup, cari mana yang sumbat.

      Delete
  3. Salam tuan.mslh heater sy ni mcm tdrbakar.sama seperti dlm gmbr.motor sume function.cuma air je x pns.knp ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu merah ada menyala? Kalau tak menyala, masalah flow sensor. Mungkin reed switch rosak atau magnet rosak.

      Delete
  4. Tuan, heater sy bila air slow dia akn keluarkan bunyi yg kuat so dia akan mati sendiri, so ada satu hari tu sy tekan jugak button utk bg jalan tetiba bunyi mcm meletop tu. so apa yg rosak ya? Model joven pc838p trima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu dah jawab, motor tak jalan, motor rosak. Biasa kalau air tak kuat, filter (jika ada) sumbat, buka dan bersihkan. Jika filter tak sumbat, masalah pada motor. Biasa motor habis carbon brush saja. Bunyi kuat yang tuan maksudkan mungkin bearing motor perlu ditukar.

      Delete
  5. Dear Sir

    My Joven PC838P got a new error after i change the carbon brush, the symptom as below
    (I)On Power Green Light off, Red light also off
    (II)Then i Press reset Green Light on/Pump On/ Heater on
    (III)Once i stop the water supply, Green light off/Heater off/Pump Off
    (IV)I have to start the water supply and press reset then it Green Light on/Heater on/Pump on again


    Any idea of what is the possible malfunction Part ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I never encounter such problem so far. To my best knowledge, something is not right with the EELS (electronic earth leackage sensor). Generally green light should turn-on after you turn-on the thermostat and red light should turn-on after the water flow in. Check all the circuits related to EELS, perhaps some connections isuue or maybe faulty EELS.

      Delete
  6. Encik, motor pump tak jalan...tapi airnya boleh keluar.. slow dan panas

    ReplyDelete
  7. Tuan..boleh ke tuan lakarkan gambarajah litar sambungan/wiring diagram motor dlm waterpump joven sebab ada kabel yg tercabut pd waterpump rumah saya.Dan saya tidak pasti utk sambung di bhgn mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua wayar sahaja dan sambung kepada M1 & M2 pada pcb.

      Delete
  8. Hai sir tekan suis on green light ada red light ada tapi bila tutup air water heater still JALAN tak henti , still motor JALAN ada lampu hijau n merah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Magnet dalam flow sensor rosak.

      https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/12/joven-ec802-flow-sensor-repair.html?m=1

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.