Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'actuator' untuk kunci pintu elektronik kereta berjenama TOYOTA dengan masalah gagal berfungsi.
![]() |
| TOYOTA door lock actuator (69130 - 60010) |
Menurut pemilik, dia telah bekalkan terus arus 12v kepada penyambung wayar dan sah gagal berfungsi.
![]() |
| Setelah dibuka... |
Setelah dibuka, jelas kelihatan ada sebiji motor didalamnya selain sebiji gear serta sebiji varistor yang disambung bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| TDK 5068 (PTC over current protection) |
Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati tiada keterusan pada kedua terminal pada motor.
![]() |
| Umpil untuk membuka penutup motor... |
Cara membuka motor ini ialah dengan mengumpil kedua-dua bahagian pada tepi motor seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
![]() |
| Setelah diumpil... |
Gambar di bawah menunjukkan keadaan bahagian dalam motor dan jelas kelihatan salah satu carbon brush telah putus.
![]() |
| Penutup motor telah dibuka... |
Tiada kerosakkan pada bahagian armature dan saya cuma perlu gantikan penutup motor lengkap dengan carbon brush yang baru sahaja.
![]() |
| Motor elok... |
Saya telah membeli penutup dengan carbon brush sekali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| Beli penutup dengan carbon brush baru... |
Walaupun saiz penutup sama namun lubang di tengah sedikit kecil dan tidak dapat digunakan. Jadi, saya pindahkan carbon brush baru ke penutup asal.
![]() |
| Saiz lubang tengah penutup baru sedikit kecil... |
Masalah selesai dan 'atuator' ini telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Selamat berDIY...









No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.