Tuesday, 13 January 2026

Air pasang tertinggi

Sejak kebelakangan ini banyak kejadian banjir kilat berlaku termasuk kediaman saya yang jarang-jarang berlaku sebelum ini. 

9/1/2026 @ 15:20hrs

Saya telah menghuni kawasan kediaman tersebut kira-kira 20 tahun dan air paling tinggi ialah air parit melimpah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

9/1/2026 @ 16:29hrs

Beberapa hari lepas pada 9/1/2026 (jumaat) keadaan serupa berulang setelah hujan berterusan tanpa henti malam sebelumnya. 

Kebiasaan saya akan berkunjung ke pantai berdekatan untuk meninjau paras air laut. Jika air laut tinggi mungkin perlu bersedia untuk berpindah namun sebaliknya saya abaikan sahaja.

Selain meninjau paras air laut, saya sebenarnya tahu bila air pasang tertinggi dua kali sebulan dengan merujuk kepada kalender yang berdasarkan bulan atau juga dikenali sebagai 'lunar calender'.

Lunar calendar - 2026

Menurut arwah bapa saya, air pasang tertinggi ialah pada hari ke-3 & ke-18 mengikut kalender lunar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jadi tidak perlu berkunjung ke pantai untuk meninjau paras air laut bila ada banjir kilat berlaku yang bukan berpunca dari air pasang namun sistem saliran yang tidak diselenggera.

Selain masalah saliran, ianya berpunca daripada hujan luar biasa atau hujan tanpa henti serta berterusan melebihi sehari. Klip video di bawah saya rakam di depan rumah pada 09/01/2026 dan banyak kawasan berdekatan telah ditenggelami banjir kilat.

Kini banjir kilat adalah publisiti bermusim untuk wakli rakyat datang mengambil gambar meredah air banjir dan boleh dilihat pada akaun media sosial untuk tatapan pengikut masing-masing sahaja tanpa tindakan. Jika air terlalu tinggi serta merbahaya, pindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara sehingga air surut.

11/01/2026

Boleh dikatakan kawasan yang dahulunya tidak pernah banjir namun kini mengalami banjir kilat adalah disebabkan oleh masalah sistem saliran terutamanya di kawasan perumahan. 

Ianya umpana kawasan bandar yang kian maju namun sistem jalan raya serta prasana tidak dinaiktaraf dan berakhir dengan kesesakan lalu lintas. 

Kawasan perumahan bertambah dari tahun ke setahun namun sistem perparitan tetap sama bakal berakhir dengan banjir kilat.

Renung-renungkan... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.