Baru-baru saya mengalami masalah mata terasa pedih sehingga berair pada mata sebelah kanan sahaja.
Setelah beberapa hari berlalu dan keadaan terus berlarutan, saya pergi ke klinik kesihatan bandaraya miri untuk mendapatkan rawatan pada 05/08/2025.
Sebelum berjumpa doktor, saya dirujuk untuk buat pemeriksaan mata dan doktor memberitahu mata saya kering (dry eye) serta diberi 'eye drops'. Pesan doktor, kembali semula jika keadaan tidak bertambah baik.
Untuk pengetahuan semua, setelah beberapa hari menitiskan 'eye drops' seperti disarankan iaitu 2 titis, 3 kali sehari, keadaan bertambah teruk dan pengelihatan pada mata kanan mempunyai banyak bayang-bayang di sekeliling objek terutamanya waktu malam.
 |
| Cermin mata seribu lubang (Pinhole spectacle) |
Saya juga mendapati ada sesuatu yang menghalang pengelihatan saya setelah menggunakan cermin mata seribu lubang di atas.
Untuk pengetahuan semua, cermin mata seribu lubang ini telah lama saya beli dan tujuannya ialah untuk terapi mata.
Saya kembali semula ke klinik pada 11/8/2025 dan pemeriksaan tambahan kali ini ialah kadar gula dalam darah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Selain kadar gula dalam darah, saya juga diambil gambar bahagian dalam mata seperti pada gambar di bawah. Doktor kata jernih dan tiada masalah.
Saya juga menceritakan penemuan sesuatu yang menghalang pengelihatan setelah menggunakan cermin mata seribu lubang namun seolah-olah mengkhabarkan cerita donggeng sebab doktor mengesyaki kemungkinan ianya kesan sampingan (side effects) pembedahan LASIK 20 tahun lalu.
Seterusnya doktor suruh saya rujuk kepada 'optometrist' tempatan sebab tiada 'optometrist' di klinik kesihatan untuk dapatkan bacaan rabun.
Saya kembali kepada 'optometrist' yang melakukan pemeriksaan mata saya setelah melakukan LASIK 20 tahun lalu dan saya menceritakan benda sama kepada 'optometrist' tersebut.
Sesuatu yang mengembirakan saya ialah 'optometrist' setuju dengan pandangan saya iaitu jika ia melibatkan 'dry eyes' atau kesan sampingan rawatan LASIK kenapa hanya berlaku pada sebelah mata sahaja
'Optometrist' tersebut bukan sekadar memeriksa kadar rabun namun mencari punca masalah mata pedih serta berair dan berakhir dengan penemuan objek tercucuk pada kornea mata seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Objek tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan menurut 'optometrist' ianya bukan besi dan kemungkinan kayu.
Masalah selesai setelah objek tersebut dicabut dan sehingga blog ini ditulis, tiada lagi rasa pedih serta berair berulang. Saya juga tidak pasti bila dan dari mana objek tersebut memasuki mata saya.
Untuk rekod, walaupun objek tersebut telah dibuang namun masih ada halangan pengelihatan akibat kecederaan dan menurut 'optometris' ia akan sembuh dalam beberapa hari.
Saya ada banyak pengalaman tidak baik dengan rawatan di klinik serta hospital kerajaan selama ini dan yang paling sedih ialah menteri kesihatan sering memberitahu awam bahawa khidmat kesihatan kita adalah antara terbaik di dunia.
Berdasarkan pengalaman saya di atas, adakah hospital kita bertaraf dunia? Peralatan untuk memeriksa rabun pun tak ada dan 'optometrist' yang menjalankan perniagaan cermin mata lebih pakar mengenalpasti serta menangani masalah.
Apa kata anda? Renung-renungkan...