Rumah yang saya diami sekarang dibeli pada tahun 2005 dan sepanjang 20 tahun, tangki septik di belakang rumah cuma dikosongkan dua kali sahaja iaitu pada 26/9/2018 & 07/08/2025.
![]() |
| Tangki septik... |
Kerja pengosongan tangki septik dilakukan oleh Majlis Bandaraya Miri.
![]() |
| Sebelum... |
Proses bermula setelah saya menerima notis untuk kerja pengosongan tangki septik berjadual pada 06/08/2025. Hari berikutnya, pihak bandaraya tiba pada sebelah petang dan selesai mengepam kira-kira pukul 2:42 petang.
Keseluruhan proses mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Majoriti masa dihabiskan untuk kerja-kerja persediaan serta penyambungan paip dari lori septik ke belakang rumah saya. Proses mengepam cuma mengambil masa kira-kira beberapa minit sahaja
![]() |
| Selepas... |
Untuk rekod, kerja mengepam pada tahun 2018 dilakukan dari depan rumah dan paip ditarik masuk ke dalam rumah saya. Kerja mengepam kali ini lebih mesra alam dan dipam dari belakang rumah.
![]() |
| Tiada air licik (leach) selama semiggu... |
Persoalan saya ialah, berapa kerap kerja pengosongan tangki septik harus dilakukan?




No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.