Saturday 14 May 2022

TP4056 Lithium battery charger module

Hari ini saya kongsikan satu module untuk mengecas bateri lithium iaitu TP4056 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Ianya dinamakan TP4056 sebab menggunakan sebiji ic (integrated circiut) dengan nombor rujukan TP4056.

TP4056

Untuk makluman semua, terdapat dua jenis module TP4056 di pasaran dan perbezaannya ialah dengan perlindungan (with protection) & tanpa perlindungan (without protection).

skematik

Maklumat lanjut atau datasheet untuk TP4056 boleh dirujuk di sini. Perbezaan module dengan perlindungan ialah ianya dilengkapi dengan dua biji komponen tambahan iaitu DW01A dan 8205A. 

Kelebihan module dengan perlindungan ialah mengelak bateri daripada terlebih buang cas (discharge) sewaktu digunakan dan voltan minima ialah 2.9v. Maksudnya module TP4056 dengan perlindungan akan menyekat output jika voltan bateri telah menurun dan mencecah 2.9v.

DW01A - protection IC

Kemampuan mengecas dengan menggunakan TP4056 bermula serendah 130mA sehingga 1000mA dan boleh diubah dengan menukarkan perintang yang dilabel R3 mengikut jadual di bawah.

Rprog current setting

TP4056 yang dibeli berkemampuan 1000mA dan R3 dilengkapi dengan perintang 1.2kΩ. Jika bateri yang ingin dicas nilai mAh rendah, maka perintang R3 harus ditukar mengikut jadual di atas.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.