Friday 13 May 2022

saflok encoder model 4 repair

Encoder ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Saflok model 4 encoder

Hujung minggu lepas dia dirujuk semula kepada saya dengan masalah gagal berfungsi dan mengeluarkan bau terbakar/hangus.

Setelah papan litat dibuka...

Jika ada bau hangus biasanya mesti ada komponen yang mengalami litar pintas atau terbakar. Setelah papan litar dibuka dan diperiksa dengan mata kasar tiada komponen yang kelihatan terbakar atau hangus.

R14 & TVS4 rosak...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter akhirnya menemui sebiji TVS diode yang dilabel TVS4 pada papan litar mengalami litar pintas.

Keluarkan TVS4 (17v bidirectional TVS diode)

Apabila TVS diode telah dikeluarkan dari papan litar dan pemeriksaan pada perintang yang disambung selari bersama TVS4 dengan label R14 mempunyai bacaan yang meragukan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Label pada perintang tersebut ialah 224 atau 220kΩ namun saya cuma dapat bacaan kira-kira 5kΩ sahaja.

R14 juga rosak (224 = 220kΩ)

Encoder ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak telah diganti serta diuji. Komponen yang rosak ialah:-

  1. TVS4 = 17v bidirectional TVS diode
  2. R14 = 224 (220kΩ)
Gantikan R14 & TVS4...

Encoder ini mendapat bekalan dari adapter dengan voltan 12v sahaja.

Voltan bekalan - 12vdc

Terdapat bermacam-macam jenis, bentuk serta 'rating' TVS diode dan anda boleh rujuk di sini untuk keterangan lanjut.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.