Monday, 21 February 2022

Philips HP8103 Salon Dry Compact hair dryer repair

Banyak alat pengering rambut seperti ini pernah dan telah saya baiki sebelum ini dengan pelbagai masalah tersendiri..

Wayar disambung begini tidak kemas...

Alat pengering rambut ini telah dan pernah dibuka serta dibaiki oleh seseorang sebelum ini dan buktinya ialah pendawaiaan yang tidak kemas dan boleh dilihat pada gambar di atas.

ini bukan kerja pakar...

Gambar di atas pula menunjukkan pengantung alat pengering rambut tersebut telah dibelah sebab wayar yang disambung terlalu besar setelah dibalut dengan pita wayar dan tidak dapat dimasukkan ke dalamnya. Anda boleh membaca cara membaiki wayar alat pengering rambut yang putus di sini.

Bau rambut yang hangus...

Hari ini saya dirujuk lagi sebuah alat pengering rambut yang sama dengan masalah mengeluarkan bau hangus dan filamen pemanas berwarna merah menyala ketika digunakan.

Setelah kipas dibuka, ada lagi rambut...

Menurut pengalaman saya yang lepas, masalah sebegini adalah disebabkan motor kipasnya telah dibelit serta dipenuhi dengan rambut pengguna. Begitulah keadaannya dengan alat pengering rambut ini seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Banyaknya rambut...

Ini merupakan masalah biasa pada alat pengering rambut dan anda cuma perlu buka kipasnya dan bersihkan serta buang segala bendasing yang disedut masuk selama ianya digunakan.

Siap...

Klip video di bawah diambil selepas siap dibaiki dan diuji. Gambar di atas pula menunjukkan bahagian pengantungnya yang dibelah sebelumnya telah saya gam kembali menggunakan 'super glue'.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.