Hari ini saya kongsikan alat kawalan jauh lama berjenama Panasonic yang gagal berfungsi walaupun bateri telah ditukar.
| Panasonic AC remote control |
Alat kawalan jauh ini sedikit unik di mana tiga biji butangnya mengeluarkan cahaya apabila berada di tempat gelap seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
| Setelah penutup belakang dibuka... |
Setelah alat kawalan jauh ini saya buka dan periksa, saya dapati tiada keterusan pada salah satu penyambung terminal dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
| Penyambung bateri putus... |
Penyambung bateri tersebut putus sebab berkarat akibat cecair bateri yang bocor.
| Putus... |
Cara untuk menyambung kembali bahagian yang putus ialah dengan membersihkan karat dan sambung serta pateri kembali supaya ada keterusan.
| Sambung bahagian yang putus... |
Alat kawalan jauh ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah dengan menyambungkan penyambung bateri yang putus sahaja.
| Siap... |
Layar alat kawalan jauh ini juga kelihatan gelap disebabkan 'reflector' atau 'polaraizer' telah rosak dan jika anda bercadang untuk DIY, anda boleh rujuk di sini.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.