Wednesday, 1 December 2021

LG 42PX3RV-TA Plasma TV repair

TV plasma ini pernah dirujuk kepada saya lebih dua tahun yang lalu dan anda boleh rujuk di sini.

42PX3RV-TA

TV ini dirujuk semula kepada saya baru-baru ini dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik termasuk lampu 'stanby' juga tidak menyala.

PSU

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui dua biji kapasitor 1000uF, 10v kembung pada papan litar PSU dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

2 biji kapasitor rosak...

Pemeriksaan pada kesemua komponen yang telah saya gantikan lebih dua tahun yang lalu kesemuanya masih elok.

1000uF, 10v

Setelah kedua-dua kapasitor yang kembung di atas saya gantikan serta diuji, TV ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi.

Va = 65V, Vs = 188V & 5.2V

Kadang-kadang selepas PSU dibaiki, voltan Va & Vs serta 5v juga akan turut berubah dan ianya boleh dilaras.

Laras voltan (jika perlu)

Lokasi untuk melaras voltan 5v, Va & Vs telah saya tandakan pada gambar di atas.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.