Friday, 5 November 2021

Baiki dekoder astro DS830NA auto reboot

Banyak artikel membaiki dekoder astro melibatkan model DS830NA telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Masalah dekoder model ini yang sering dirujuk kepada saya ialah:-

  1. Indikator tidak menyala
  2. Dekoder reboot sendiri
  3. Indikator tidak memaparkan jam/waktu semasa
  4. Indikator memaparkan huruf/nombor yang tidak lengkap seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah
  5. Gambar video kaku
  6. suara putus-putus
  7. S1 - masalah kad reader
  8. S2 - kad rosak
  9. Alat kawalan jauh rosak
  10. Adapter rosak
  11. Auto update/update error (belum pernah berjaya dibaiki)

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder yang serupa dengan pelbagai masalah iaitu:-

  1. Boleh berfungsi setelah dipadam/sejuk namun 'auto reboot' apabila telah panas selepas 5 hingga 10 minit
  2. Memaparkan huruf/nombor yang pelik-pelik setelah reboot secara manual (on/off power supply)
  3. Video kaku & semua butang tidak berfungsi bila butang pada dekoder ditekan atau menggunakan alat kawalan jauh

Setelah dibuka serta diperiksa, saya dapati bacaan voltan pada kedudukan yang telah saya labelkan pada gambar di atas sedikit rendah dari 1.8v iaitu 1.788v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bacaannya akan menurun lagi apabila dekoder telah panas iaitu boleh mencecah sehingga 1.720v sahaja dan ketika ini lah dekoder akan mulai auto reboot.

Pemeriksaan menyeluruh pada komponennya mendapati 3 biji kapasitor 220uF, 25v rosak dan bacaan kapasitannya jauh berbeza iaitu 111uF, 93.71uF dan 181.8uF sahaja.

Setelah ketiga-tiga kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, kini saya dapat bacaan 1.8v semula seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bacaan 1.8v juga stabil serta tidak berubah walaupun dekoder telah panas dan masalah 'auto reboot' di atas selesai.

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk masalah dekoder astro yang 'auto reboot' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Untuk pengetahuan serta rujukan semua yang berminat DIY sendiri, anda perlu mengeluarkan setiap kapasitor dari papan litar untuk membuat pemeriksaan. Kadang-kadang hanya sebiji sahaja yang bermasalah dan kadang-kadang semua kapasitor bermasalah dan harus diganti. Kadang-kadang ada juga yang tidak berjaya dibaiki terutamanya yang rosak akibat disambar kilat.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.