Saturday, 6 March 2021

YETPlus YET-501 electronic transformer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki transformer elektronik seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

YETPlus YET-501

Biasanya benda yang sama, masalahnya adalah sama dan begitu juga dengan komponen yang rosak juga adalah sama.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, ternyata kerosakkannya adalah sama seperti yang pernah saya baiki dahulu iaitu sebiji perintang 430kΩ, 1/4w putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas serta di bawah.

Perintang 430kΩ putus...
Ω

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ω

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Masalah yang saya hadapi kali ini juga sama iaitu tidak mempunyai bekalan perintang 430kΩ. Jika dahulu saya gabungkan perintang 51kΩ dan 390kΩ untuk mendapatkan 441kΩ, kali ini saya guna sebiji 470kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan dengan 470kΩ...

Walaupun rintangannya sedikit tinggi dari nilai asal namun ianya masih boleh digunakan dan kembali berfungsi setelah diganti.

Siap...

Biasanya saya tidak menulis artikel yang sama namun artikel kali ini berulang dengan tujuan berikut:-

  1. Jika mengalami masalah mendapatkan pengganti perintang yang sama, kita boleh gabungkan dua atau mungkin tiga perintang secara bersiri untuk mendapatkan nilai yang paling hampir dengan nilai asal.
  2. Perbezaan 5% - 10% juga boleh diterima jika melibatkan nilai rintangan yang besar seperti di atas iaitu 'kilo ohm' atau 'mega ohm' dengan syarat harus diuji seharian tanpa masalah. Perbezaan 470kΩ dan 430kΩ ialah kira-kira 9.3% [(470-430) ÷ 430 x 100].
Tested - ok

Sehingga blog ini ditulis, transformer elektronik tersebut telah seminggu digunakan tanpa sebarang masalah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.