Semalam saya dirujuk sebuah TV CRT berjenama LG, model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
LG 29FU1RLX-T1 |
Pemilik memberitahu saya 'ada suara tapi tiada gambar' dan apabila saya uji, hanya satu garisan putih sahaja kelihatan pada skrin seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Setelah penutup belakang dibuka... |
Masalah seperti ini biasanya adalah disebabkan kerosakkan sebiji IC pada 'vertical section' dan pernah saya baiki sebelum ini di sini.
Keluarkan papan litar... |
Namun pemeriksaan dengan mata kasar mendapati kelihatan dua biji perintang telah separa terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Komponen rosak... |
Pemeriksaan pada komponen berdekatan mendapati litar pintas berlaku pada sebiji kapasitor berwarna hijau dengan label 474k dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Keluarkan komponen rosak... |
Komponen yang didapati rosak adalah seperti berikut:-
- sebiji kapasitor dengan label 474k (470nF/0.47uF)
- dua biji perintang 3.1Ω (Oren, hitam. emas, emas)
Perintang lama - 2.2Ω |
Walaupun perintang tersebut tidak putus bila diukur dengan menggunakan multimeter, namun bacaannya cuma 2.2Ω sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Perintang baru 3.3Ω |
Jika dilihat warna pada perintang, warna emas merujuk kepada 5% dan oleh kerana perbezaan nilainya mencecah 29%, saya gantikannya dengan yang baru. [(3.1-2.2)/3.1*100] =29%
Kapasitor baru - 482nF |
Kapasitor yang berlabel C306 pada papan litar atau 474K (470nF) pada komponen pula mengalami litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah apabila diukur dengan menggunakan multimeter.
Kapasitor lama - litar pintas |
Setelah ketiga-tiga komponen di atas saya tukar dan diuji, TV tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Siap... |
Kadang-kadang kerosakkan boleh diketahui hanya dengan pengelihatan mata kasar namun ada yang memerlukan kepakaran serta pengalaman. Multimeter merupakan salah satu 'tools' yang harus ada ketika melakukan 'troubleshooting'.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.