Thursday, 31 December 2020

Kekerapan menukar minyak injin kereta

Beberapa tahun yang lepas saya ada kongsikan cara menukar minyak injin untuk kereta Perodua Kelisa saya dan anda boleh rujuk di sini.

3 months or 5000km whichever comes first...

Hari ini saya kongsikan pula tentang kekerapan menukar minyak injin. Menurut buku panduan, kekerapan menukar minyak injin kereta ialah setiap 3 bulan atau 5000km, bergantung pada yang mana berlaku terlebih dahulu (3 months or 5000km whichever comes first).

Kereta baru - 1 bulan/1000km

Pihak Perodua menyerahkan kereta kepada saya pada 19/06/2006 dan menurut buku panduan, kereta baru harus menukar minyak injin pertamanya termasuk bahan pendingin (coolant) dalam sebulan atau 1000km (whichever comes first). Tujuannya ialah untuk membuang sebarang bendasing yang ada ketika kereta dipasang di kilang.

Pihak Perodua memberi perkhidmatan percuma bagi kerja-kerja penyelengaraan untuk 3 kali pertama seperti boleh dilihat pada gambar di atas namun pemilik harus membeli/membayar kos minyak injin, penapis (flter) dan coolant.

Covid punya pasal, setahun tukar sekali...

Berikut merupakan kekerapan saya menukar minyak injin kereta saya sejak dibeli pada tahun 2006..

Tarikh           Mileage (jarak)

06/07/2006     1016km
12/09/2006     5700km
13/01/2007     10468km
05/06/2007     15809km
26.08/2007     19112km
24/12/2007     23815km
05/04/2008     28678km
17/07/2008     33399km
07/12/2008     38528km
27/03/2009     42950km
01/06/2009     47765km
25/10/2009     52707km
02/03/2010     57117km
05/05/2010     60426km
20/10/2010     65408km
05/01/2011     68818km
17/05/2011     74002km
26/09/2011     78909km
05/03/2012     83978km
20/08/2012     89019km
29/01/2013     94037km
15/05/2013     99225km
01/10/2013     104600km
28/04/2014     110040km
20/10/2014     115001km
12/04/2015     119989km
07/11/2015     125218km
08/08/2016     129981km
21/01/2017     135900km
30/06/2017     141200km
19/01/2018     148188km
29/08/2018     155253km
03/04/2019     162719km
01/12/2019     170208km
25/12/2020     177687km 

Purata kekerapan saya menukar minyak injin berdasarkan jarak (mileage) ialah 3 kali setahun jika menggunakan minyak biasa (mineral) dan dua kali setahun jika menggunakan minyak semi-synthetic.

Minyak biasa (mineral) harus ditukar setiap 5000km manakala minyak semi-synthetic pula perlu ditukar setiap 7500km dan jika anda berhajat menggunakan minyak fully synthetic pula perlu ditukar setiap 10000km.

Purata 2/3 kali setahun...

Tahun ini saya hanya menukar sekali sahaja minyak injin berikutan jarang digunakan disebabkan penularan wabak CoVid-19 dan majoriti masa duduk di rumah sahaja.

Tahun ini juga merupakan contoh terbaik memberitahu kita bahawa minyak injin harus ditukar mengikut jarak (mileage) dan bukannya mengikut tempoh iaitu setiap 3 bulan.

Ada kajian mengatakan bahawa bahan 'additive' dalam minyak injin kini bermutu tinggi dan minyak semi synthetic juga mampu bertahan sehingga 10000km tanpa masalah.

Apa-apa pun, pilihan di tangan masing-masing. Saya tetap dengan pendirian yang minyak injin harus ditukar mengikut 'mileage' dan bukannya setiap 3 bulan (whichever comes first).

Seperkara lagi yang telah lama saya perasan ialah, setiap kali selepas menukar minyak injin, pecutan kereta saya berkurangan. Maksudnya pecutan injin kereta lebih baik dan lancar dengan menggunakan minyak injin lama yang telah berwarna hitam pekat berbanding dengan minyak baru yang berwarna kuning keperang-perangan. Adakah anda juga perasan dan pernah mengalaminya? Kenapa?

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.