Friday, 18 September 2020

SHARP microwave oven repair

Ketuhar gelombang mikro (microwave) ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

SHARP R854AST microwave

Kali ini ia kembali dengan masalah butang START/ENTER tidak berfungsi bila di tekan. Butang tersebut merupakan butang yang harus ditekan setiap kali ingin memulakan proses memasak dan butang tersebut merupakan butang yang sering rosak.

Butang start/enter tidak berfungsi...

Ketika membuka panel microwave tersebut, didalamnya adalah sarang lipas jenis 'german crockroach' dan saya terpaksa membunuhnya menggunakan penyembur lipas sebelum ia membiak di rumah saya pula.

Tahu kenapa lipas susah dimusnahkan?

Setelah papan litar dibuka dan diperiksa, butang tersebut memang tidak berfungsi bila ditekan. Cara memeriksanya ialah dengan menggunakan multimeter. Jika tiada 'continuity' bila ditekan, suis tersebut rosak.

Keluarkan suis yangh rosak... (Apa kaitan SHARP dengan Midea?)

Ketika memilih suis yang baru, pastikan ketinggian serta terminal penyambungnya sesuai dengan papan litar. Ini disebabkan kadang-kadang pengeluar menggunakan suis yang direka khas untuk peralatan elektrik mereka sahaja.

Kiri - suis baru, kanan - suis rosak

Jika dilihat pada gambar di atas, suis asalnya hanya mempunyai dua terminal sahaja dan saya gantikan dengan suis yang mempunyai empat terminal penyambung. Nasib baik papan litarnya direka dan boleh menggunakan suis dengan empat terminal penyambung.

Gantikan suis baru... (apa kaitan SHARP dengan Midea?)

Microwave tersebut telah kembali berfungsi setelah dengan hanya menukar butang suis tersebut sahaja dan kilp video di bawah saya ambil ketika mengujinya setelah suisnya telah saya tukar dengan yang baru. 

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Kalau jenis touch panel macam mana? Panasonic nn-st557M. Terima kasih atas perkongsian dalam group diy

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.