Friday, 12 June 2020

24v PSU repair

Sebelum ini saya pernah membaiki PSU (power supply unit) seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
24v PSU
Saya tidak menjumpai label yang menyatakan jenama serta model PSU tersebut namun yang pasti ialah 24v, 8A tertulis pada penutup bahagian atasnya.
Komponen yang rosak...
Ketika saya menguji PSU tersebut, ianya boleh dihidupkan namun lampu indikator berwarna hijau berkelip-kelip. Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak telah saya tandakan pada gambar di atas.
471, 1kv yang lama...
Gambar-gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan bacaan kapasitor yang lama dengan yang baru.
471, 1kv yang baru...
Nilai kapasitor 471, 1kv ialah 470pF/0.47nF dan 222, 1kv ialah 2200pF/2.2nF.
222, 1kv yang lama...

222, 1kv yang baru...

Siap...
Setelah kesemua kapasitor di atas saya gantikan dengan yang baru dan diuji, PSU tersebut telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan semula.
Testing...

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.