Wednesday, 11 December 2019

LTS 2000WK-50E electronic transformer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki transformer elektronik seperti ini tetapi jenama yang berlainan dan anda boleh membacanya di sini .
LTS 2000WK-50E
Kali ini saya dirujuk sebiji transformer elektronik berjenama LTS, Model: 2000WK-50E yang tidak diketahui masalahnya namun yang pasti dari pandangan kasar bahagian luarannya ialah wayar input putus dan hanya tinggal satu wayar input sahaja.
Litar pintas dan wayar putus...
Kemungkinan wayar tersebut rapuh akibat haba lampu halogen dan putus ketika dibuka atau dialihkan.
Keluarkan wayar lama...
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, tiada kerosakkan komponen dijumpai dan saya cuma gantikan wayar inputnya sahaja dengan yang baru.
Fius pada papan litar bahagian bawah...
Setelah wayar input tersebut saya tukar dan diuji, bacaan voltan yang saya dapat tanpa disambung kepada lampu halogen ialah 9.9vac sahaja.
9.9vac (tanpa mentol halogen)
Setelah saya sambungkan lampu halogen dan ukur semula, voltan outputnya ialah 21.2vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Multimeter digital - 21.2vac
Namun apabila saya ukur dengan menggunakan multimeter analog, bacaannya tepat 12vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Multimeter analog - 12vac
Banyak pengalaman seperti ini saya lalui dan saya biasanya lebih yakin kepada multimeter analog. Apa kata orang, 'go back to basics'...
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.