Thursday, 12 December 2019

Carrier aircon mainboard repair - CE-KFR32GW/I1Y(s)

Papan litar seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
CE-KFR32GW/I1Y(s)
Beberapa minggu yang lepas saya dirujuk sebuah papan litar yang sama tetapi versi yang berbeza iaitu V2.6 (version 2.6).
V2.7 (version 2.7)
Pemilik memberitahu saya bahawa dia telah menukar papan litar yang baru dengan versi 2.7 (V2.7) dan penghawa dinginnya tidak dapat berfungsi. Jadi, pemilik meminta saya membaiki papan litar asalnya V2.6.
Penutup relay pecah (meletup)
Papan litar asal versi 2.6 telah rosak akibat disambar petir/kilat dan keadaan kerosakkannya boleh dilihat seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Peneutup relay pecah (meletup)
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. sebiji fius 3.15A
  2. relay 20A, 12v pecah
Walaupun penutup relay tersebut telah pecah, ianya masih elok bila diuji. Saya tukar juga relay tersebut atas alasan keselamatan (safety reason).
Relay lama & baru... (20A, 12V)
Semalam pemilik memberitahu saya bahawa papan litar (V2.6) yang telah saya baiki boleh digunakan namun kipas pada kompressornya juga rosak akibat disambar petir.
Siap...
Peringatan: Jika anda membeli papan litar yang baru, pastikan versi papan litar juga sama.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.