Wednesday, 27 November 2019

JOVEN SA10e water heater repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: SA10e dengan masalah tidak dapat dihidupkan langsung selepas arus elektrik dibekalkan.
Jenama: JOVEN, Model: SA10e
Sebelum ini saya pernah membaiki beberapa buah 'water heater' juga berjenama JOVEN tetapi model yang berbeza. Anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.
Setelah penutup dibuka...
Perbezaan model ini dengan model yang pernah saya baiki dahulu hanya pada rekabentuk (design) luaran sahaja. Hampir kesemua komponen dan papan litar yang digunakan adalah sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Fius & Varistor meletup...
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah seperti pada gambar di atas iaitu:-
  1. Fius 1A, 250v putus
  2. Varistor S14K275 meletup
Komponen yang rosak...
Sebelum saya menukar komponen tersebut dengan yang baru, saya periksa elemen pemanasnya, thermal fuse serta reed switch dan kesemuanya berkeadaan baik.
Elemen pemanas masih elok, 15Ω
Jadi, untuk percubaan pertama saya gantikan fius sahaja dan bekalkan arus elektrik kepada 'water heater' tersebut dan lampu hijau kembali menyala.
Testing - tanpa varistor
Apabila saya laraskan thermostatnya, lampu merah juga menyala. Ini bermaksud kesemuanya masih elok walaupun saya tidak memasang varistor.
Testing - tanpa varistor
Setelah berpuas hati dengan ujian di atas, saya pasang varistor yang baru dan uji semula. Kesemuanya berfungsi sepenuhnya seperti biasa.
Buka komponen yang rosak...
Untuk makluman semua, fungsi varistor tersebut ialah untuk keselamatan papan litar dan ia dilabel 275v. Maksudnya ia hanya bertahan sehingga 275v sahaja. Sila tonton klip video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut fungsi varistor.
Tukar dengan yang baru dan sepadan...
Varistor yang elok jika diperiksa dengan menggunakan multimeter (laraskan multimeter ke bahagian Ω) dan anda tidak mendapat sebarang bacaan. Jika multimeter anda menunjukkan bacaan ketika diukur,  bermaksud varistor tersebut telah rosak dan harus di ganti.
Testing...
Kesimpulan kerosakan 'water heater' ini ialah ianya rosak akibat bekalan arus elektrik yang melebihi had varistor iaitu 275v. Pastikan anda gantikan varistor yang baru dengan nilai (rating) yang sama untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anda mahupun peralatan elektrik anda.
Tested - ok
Selamat mencuba...

14 comments:

  1. Water heater saya fuis putus. Bila saya tukar fuis yang capacity nya sama 2A 250v, masih putus. Adakah varistor rosak? Atau ada component lain yg perlu check? Hampir setahun water heater saya terbengkalai mcm tu,sgt menghargai kalau dapat membantu. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fius putus dan berwarna hitam seperti di atas bermaksud ada litar pintas. Kalau ada asas boleh buka dan cari punca litar pintas. Biasa yang rosak ialah varistor, elemen pemanas, triac serta transistor BC546. Tukar mana yang rosak. Selamat mencuba...

      Delete
    2. Maaf tanya sekali lg..utk check varistor good or no good guna multimeter,perlu tanggalkan dr pcb atau boleh check direct di pcb?

      Delete
    3. Check direct on PCB. Nak buka dan periksa pun boleh juga.

      Delete
  2. Water heater sy tiba2 meletup. Dah tiba masanya agaknya. Dah pakai 13 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka dan periksa, mungkin sama masalah seperti di atas dan sangat berbaloi untuk dibaiki.

      Delete
  3. My water heater temperature cannot control. Always at maximum heat even adjust the knob to lowest.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Could be faulty potentiometer. Refer to the link attached.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/07/masalah-water-heater-joven-terlalu-panas.html

      Delete
  4. Masa pindah rumah, ada sifu tolong saya buka water heater dan simpan baik baik. Ingat nak pasang di rumah baru. Rumah baru dah ada heater. Da simpan 10 tahun. Heater rumah da rosak. Boleh lagi pasang heater yang lama simpan tu ke? Macam mana tau da rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah, pasang & uji. Jika boleh panas elok lah tu.

      Delete
  5. Water heater model yang sama kurang panas, kenapa tuan? Boleh tolong tunjuk ajar

    ReplyDelete
  6. Maaf, saya belum pernah dirujuk dengan masalah kurang panas setakat ini. Saya cuma boleh teka sahaja. Mungkin triac, potentiometer serta komponen lain yang rosak. Buka dan cari puncanya satu per satu. Tak banyak komponen yang perlu diperiksa. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  7. Macam mana nak tukar lampu led hijau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka PCB, buang pateri pada LED hijau dan tukar LED yang baru.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.