Sebelum ini saya ada membaiki suis seperti ini dengan masalah lampu indikator berwarna oren/kuning tidak menyala dan anda boleh membacanya di sini.
kapasitor 684J perlu diganti...
Kali ini masalahnya ialah suisnya tidak berfungsi walaupun kad kunci telah dimasukkan.
cuma 47nF sahaja...
Pemeriksaan menyeluruh menjumpai sebiji kapasitor seramik dengan nombor rujukan 684J perlu diganti. 684J bermaksud 680000pF atau 680nF atau 0.68uF namun bila diukur, bacaannya cuma 47nF sahaja.
Kapasitor lama dan kapasitor baru...
Setelah kapasitor seramik tersebut saya ganti dan diuji, kini suis tersebut masih boleh digunakan semula seperti biasa.
Testing...
Lampu indikator akan padam apabila kad kunci dimasukkan untuk menghidupkan suis tersebut.
Semalam saya dirujuk dua buah decoder ASTRO model DS830NA dengan masalah yang berbeza tetapi kerosakkan yang sama.
Indikator menunjukkan huruf 'U' sahaja...
Indikator pada decoder pertama menunjukkan huruf 'U' yang bermaksud 'software update' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Berjam-jam menunggu namum skrin tetap menunjukkan benda yang sama.
Maksud 'U' ialah 'software update'...
Indikator pada decoder kedua pula hanya menunjukkan dua biji led sahaja menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan tiada apa-apa yang terpampang pada skrin TV
Lepas reset cuma dua biji indikator berwarna merah menyala...
Sesuatu yang pelik berlaku setelah decoder tersebut dibuka dan dibawa ke bangkel saya untuk diuji semula ialah ianya langsung tidak dapat dihidupkan lagi dan tiada sebarang indikator yang menyala.
Komponen yang rosak...
Masalah sedemikian adalah disebabkan komponen yang hampir rosak tersebut masih berfungsi ketika ianya masih panas dan apabila telah sejuk ianya tidak dapat menghidupkan decoder tersebut semula.
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang harus diganti adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Komponen yang rosak telah dikeluarkan...
Ketika menukar kapasitor yang rosak pada papan litar ini, anda harus berhati-hati disebabkan terminal +ve & -ve dilabelkan terbalik. Jika dilihat pada gambar di atas, secara amnya bahagian terminal yang berlorek adalah -ve tetapi papan litar ini ditanda sebagai terminal +ve.
Pastikan terminal +ve & -ve tidak terbalik...
Jika anda memasang kapasitor tersebut terbalik dan diuji, anda akan merosakkan keseluruhan papan litar tersebut dan ianya tidak mungkin dapat diselamatkan lagi...
Sepatutnya 47uF
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan kapasitor yang harus ditukar kerana nilai telah jauh merosot. Biasanya jika nilai bacaan pada kapasitor telah merosost 10% atau lebih ianya harus ditukar agar peralatan elektrik anda berfungsi di tahap optimum.
Sepatutnya 220uF
Setelah kapasitor yang didapati rosak di atas ditukar dan diuji, decoder tersebut kini kembali menunjukkan indikator seperti pada gambar-gambar di bawah.
Testing...
Testing...
Testing...
Setelah decoder tersebut disambung kembali ke tempat asalnya dan diuji semula, kini ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok (Channel 101)
Untuk pengetahuan semua, decoder yang telah saya baiki sebelum ini kesemuanya masih berfungsi tanpa sebarang masalah setakat ini. Anda boleh membacanya di sini, sini dan di sini.
Tested - ok (Channel 511)
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.
Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sekeping papan litar untuk kipas angin berjenama KDK dengan masalah ianya boleh berpusing tetapi terlalu perlahan.
Papan litar kipas berjenama KDK
Papan litar tersebut amat mudah dan senang diperiksa. Pemeriksaan menyeluruh mendapati hanya dua biji kapasitor yang perlu ditukar dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Kapasitor yang rosak...
Jika anda mempunyai kipas angin yang tidak berputar dengan kelajuan yang sepatutnya iaitu terlalu perlahan, jangan tunggu sehingga berhenti berpusing baru cuba dibaiki.
Sepatutnya 0.82uF (820nf)
Ini disebabkan ketika kipas angin mulai berputar dengan perlahan, coil kipas angin akan menjadi panas dan akhirnya akan mengakibatkan 'thermal fuse' putus atau mungkin juga coil akan putus.
Sepatutnya 0.1uF (100nF)
Jika coil putus, kos membaikinya sangat mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
Kapasitor yang rosak telah ditukar...
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan diuji, ianya kembali berfungsi seperti baru.
Pagi ini saya dirujuk dua buah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: EC802 dengan memo mengatakan ianya rosak.
JOVEN EC802
Pemilik memberitahu saya bahawa ianya boleh dihidupkan tetapi air tidak panas. Apabila saya uji, lampu hijau sahaja menyala dan lampu merah tidak menyala walaupun tombol suhu pemanas telah dilaras.
Schematic diagram
Mari kita buka dan lihat apa di dalamnya serta cari punca masalahnya. Setelah dibuka, apa yang boleh dilihat adalah seperti pada gambar di bawah.
Setelah penutup dibuka...
Jika tidak panas, benda pertama yang harus diperiksa ialah elemen pamanas serta 'thermal fuse' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Periksa thermal fuse dan heater (pemanas)
Setelah diperiksa, kedua-dua thermal fuse dan elemen pemanas tersebut dengan multimeter, ianya masih elok.
Rintangan pemanas = 15.5Ω
3.6kW (3600W)
Oleh kerana ianya masih boleh dihidupkan, cuma tidak panas, jadi saya tidak periksa komponen pada papan litar tersebut.
Reed switch rosak...
Pemeriksaan seterusnya mendapati bahawa sebiji 'reed switch' telah dipasang pada bahagian air mengalir masuk kepada 'water heater' tersebut.
Reed switch asal...
Cara untuk memeriksa reed switch ialah dengan menggunakan magnet. Jika tiada 'continuity' setelah didekatkan dengan magnet bermaksud reed switch tersebut telah rosak.
Atas: rosak, Bawah: Baru
Reed switch tidak dapat dibaiki, anda perlu beli reed switch yang baru dan tukar dengan yang baru.
Pasang reed switch baru...
Untuk makluman semua, fungsi reed switch tersebut disambung pada bahagian air mengalir masuk adalah salah satu ciri-ciri keselamatan yang ada pada water heater tersebut.
Sambung ke papan litar...
Maksudnya, jika air tidak mengalir masuk (tiada pengguna air panas) water heater tersebut tidak berfungsi.
Siap...
Apabila ada pengguna air panas dan air mengalir masuk, reed switch tersebut akan bersambung dan baru lah water heater tersebut berfungsi dan memanaskan air.
Testing...
Setelah berpuas hati dan tiada lagi kerosakan dijumpai, saya membekalkan arus elektrik dan menguji 'water heater' tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Ketika saya membaiki 'water heater' ini, apa yang terlintas di fikiran saya ialah orang zaman sekarang agak pelik.
Di rumah guna penghawa dingin sebab tak mahu panas tetapi bila mandi guna air panas. Pelik tapi benar...
Double extra safety - thermal fuse & reed switch
Ketika saya di zaman kanak-kanak, hanya masa sakit saja emak/ayah bagi mandi air panas. Mungkinkah orang zaman sekarang hari-hari sakit?
Hari ini saya dirujuk sebuah gergaji elektrik berjenama Makita, Model: 4327M dengan masalah tidak berfungsi walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
Makita 4327M
Fius serta wayar penyambung telah saya periksa dan masih elok. Jadi saya buka dan periksa suis di dalamnya dan ianya juga masih elok.
Setelah penutup dibuka...
Seterusnya saya periksa carbon brush dan ianya juga masih elok.
Wayar motor putus...
Bahagian terakhir yang saya periksa ialah motornya dan anda boleh melihat pada gambar di atas dan di bawah bahagian yang telah saya tandakan menunjukkan coil motor tersebut telah putus.
Wayar motor putus...
Anda boleh melihat video klip di bawah cara-cara bagaimana menentukan bahawa motor tersebut telah rosak.
Ada percikan api jika motor berpusing...
Kerosakan motor sedemikian kadang-kadang masih boleh digunakan namun percikan api akan terhasil pada bahagian karbon brush seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Hari ini saya dirujuk splitter berjenama IKUSI, Model: MT-0516 dengan masalah lampu LED berwarna hijau padanya tidak menyala.
IKUSI MT-0516
Splitter tersebut menggunakan adapter 18v telah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini . Jika adapter tidak bermasalah, maka kita kena buka dan periksa di dalamnya.
Buka penutup atas...
Setelah dibuka penutup bahagian atas dan bawahnya, apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Penutup bahagian bawah juga dibuka...
Pemeriksaan awal dengan pandangan mata kasar tidak menjumpai apa-apa masalah namun setelah saya periksa menggunakan multimeter satu litar yang halus telah didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Litar putus telah saya sambung...
Setelah litar yang putus saya baiki (sambungkan dengan wayar halus) dan diuji, kini lampu LED berwarna hijau telah menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing
Kerja membaiki kali amatlah mudah dan tiada melibatkan kerosakkan pada mana-mana komponen.