Thursday, 13 June 2019

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

Jika anda telah mengikuti blog saya selama ini, saya pasti anda perasan bahawa banyak kerosakan pada TV berjenama LG yang telah saya kongsikan. Mungkin anda tidak perasan bahawa model TV yang saya baiki juga adalah sama, kenapa?
Layar skrin tidak penuh...
Hari ini saya ingin jelaskan bahawa bukan TV berjenama LG tidak baik atau mudah rosak tetapi kesemua TV yang digunakan oleh pemilik adalah berjenama LG.
Layar skrin semakin mengecil dan akhirnya padam terus...
Hari ini saya ada pengalaman baru lagi, juga berkenaan TV LG. Masalahnya ialah bila dihidupkan layar skrin hanya menyala pada bahagian tengah sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Selepas beberapa saat dihidupkan, layar nya semakin mengecil dan akhirnya padam terus dengan lampu 'standby' sekali tidak menyala.
Power controller ic (STR W6556A) rosak
Masalah sedemikian adalah disebabkan bahagian yang membekalkan eletrik untuk kegunaan TV tersebut bermasalah. Setelah diperiksa pada bahagian PSU (power supply unit), sebiji ic dengan nombor rujukan STR W6556A didapati rosak.
Kena buka kapasitor besar di depan dulu baru dapat keluarkan ic tersebut...
Sebelum mengeluarkan ic tersebut, kapasitor utama dihadapanya harus dikeluarkan dahulu seperti yang anda boleh lihat pada gambar di atas.
STR W6556A
Seperti biasa setelah komponen yang rosak saya ganti, saya akan periksa keseluruhan papan litar untuk memastikan tiada benda lain yang rosak lagi, Jika dilihat pada gambar di bawah, terdapat satu komponen yang telah mengalami 'cold solder joint' dan harus di baiki.
Cold Solder Joint
Cara membaiki 'cold solder joint' ialah dengan mempatri semula bahagian tersebut semula supaya sambungannya pada papan litar tidak bermasalah.
Cold Solder Joint dah di baiki...
Jika dilihat pada gambar di bawah yang telah saya tandakan, kedua-dua terminal pada kapasitor utama kelihatan ada kesan percikan api dan saya pasti ianya bekas akibat daripada membuang cas dengan menggunakan cara litar pintas (biasanya guna pemutar skru dan sentuh kedua-dua terminal tersebut). Jika anda berminat membuat alat untuk membuang cas kapasitor, saya ada kongsikan cara membuatnya di sini.
Ada bekas percikan api akibat litar pintas pada kapasitor utama...
Setelah tiada lagi masalah ditemui, maka saya uji TV tersebut dan kini masalah layar seperti tertera telah diatasi dan TV kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.