Sejak bulan lepas saya perasan kenyaringan suara pada telefon bimbit saya sering berubah dan banyak panggilan tidak terjawab sebab tidak kedengaran.
Pada mulanya saya berpendapat kemungkinan ianya disebabkan kutu (bug) pada aplikasi dan ianya biasa akan hilang setelah beberapa hari.
Masalah ini berlarutan sehingga ke bulan ini dan ianya berpunca dari aplikasi Shopee seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
![]() |
| auto-adjusted down... |
Saya telah membuat aduan kepada Shopee namun ianya tetap sama sehingga ke hari ini.
Jika aplikasi boleh mengubah tetapan (setting) pada telefon kita, kemungkinan sangat tinggi ianya juga boleh mencuri data pribadi dari telefon kita seperti maklumat kewangan bank dan sebagainya.
Contoh yang terbaik ialah insiden pager meletup serentak berlaku tidak lama dahulu di Palestine yang disyaki dilakukan oleh pakar Isreal menentang pengganas Hamas.
Mungkin kita boleh berfikiran positif dalam isu ini sebab teknologi pager adalah teknologi lama dan sistem keselamatannya sangat rendah.
Sistem telekomunikasi kini lebih canggih berbanding sistem pager dahulu namun dari dahulu lagi saya sangsi serta kurangkan penggunaannya dengan menutup mana-mana yang tidak diperlukan.
Saya sentiasa mentutup lokasi (location) pada telefon bimbit saya untuk elak diketahui keberadaan saya namun dalam masa yang sama saya juga perasan aplikasi tertentu masih boleh mengetahui kedudukan kita.
![]() |
| Nearby - 1 mile (1 batu) |
Sebagai contoh jika kita melawat marketplace pada meta (facebook), ianya boleh memberitahu kita lokasi penjual seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.
Kemungkinan aplikasi meta mengetahui kedudukan kita berbanding penjual melalui lokasi pencawang telekomunikasi namun saya juga percaya mereka boleh mengakses (access) lebih banyak daripada yang kita tahu.
Adakah maklumat pada telefon kita selamat serta terpelihara? Renung-renungkan...



No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.