Kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan kesemua absorber belum pernah diganti.
Kereta hanya digunakkan untuk urusan kerja seharian sahaja dan saya tidak pasti bila ianya telah rosak namun yang pasti banyak kerosakkan berlaku setelah jarang digunakan sewaktu PKP pandemik CoVid-19 lepas.
Baru-baru ini saya dapati banyak bunyi tidak menyenangkan kedengaran pada bahagian suspensi kereta dan antara yang telah saya baiki ialah kerosakkan steering rack boot dan drive shaft boot.
![]() |
| Buka tayar belakang... |
Absober belakang sangat mudah ditukar dan anda cuma perlukan dua spanar saiz 17 selain jek untuk meninggikan kereta sewaktu membuka tayar.
![]() |
| Buka skru & nut absorber bawah (saiz 17) |
Hanya dua biji skru serta nut sahaja yang perlu dibuka pada bahagian atas & bawah absorber seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.
![]() |
| Buka nut absorber atas (saiz 17) |
Gambar di bawah menunjukkan perbezaan absorber baru serta lama dan jelas kelihatan absorber lama telah bocor dengan kesan minyak hydraulic.
![]() |
| Absorber lama bocor... |
Jenama absorber asal ialah TOKICO dan saya gantikan dengan jenama KYB (kayaba). Untuk makluman semua, secara am absorber terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak (hydraulic) dan gas (nitrogen).
![]() |
| Absorber asal berjenama TOKICO (gas filled) |
Saya pilih absorber minyak berjenama KYB (kayaba) sebab ianya lebih lembut serta selesa. Absorber gas lebih keras dan harganya juga lebih mahal.
Saya juga berpandangan, gas lebih mudah bocor berbanding minyak. Jadi, absorber minyak pasti lebih tahan lama berbanding absorber gas.
![]() |
| Absorber baru berjenama KYB (KA1M003) |
Ada mekanik memberitahu saya, kereta yang jarang digunakan lebih banyak masalah serta kerosakkan berbanding kereta yang digunakan setiap hari.
Jika benar bagai dikata, kemungkinan besar absorber saya rosak setelah jarang digunakan sewaktu PKP pada tahun 2020 sehingga 2023.
![]() |
| Siap... |
Selamat berDIY...







No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.