Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk kipas ventilasi buatan China model APB-25B dengan masalah gagal berfungsi.
Buatan China... |
Menurut pemilik ianya dipasang di bilik air dan berfungsi sebagai 'exhaust fan'.
Model: APB-25B |
Pemeriksaan awal pada kabel bekalan elektrik tiada keterusan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tiada keterusan... |
Setelah dibuka, 3 wayar sahaja disambung ke bahagian motor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
3 wayar - merah, biru & hitam |
Nilai kapasitor yang digunakan ialah 1.2uf dan ianya masih elok.
Kapasitor 1.2uf |
Pemeriksaan keterusan pada ketiga-tiga wayar mendapati ada keterusan pada wayar merah dan biru. Tiada keterusan di antara wayar merah/biru dengan wayar hitam.
Buka motor... |
Motor kipas biasanya dilengkapi dengan 'thermal fuse' dan ianya disambung pada wayar neutral.
Buka bahagian sambungan wayar... |
Setelah motor dibuka dan diperiksa, kipas ini tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse'.
Wayar hitam putus... |
Sambungan wayar hitam putus ditemui seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Pateri semula wayar yang putus... |
Masalah selesai dengan hanya menyambungkan kembali wayar hitam yang putus sahaja.
Bacaan rintangan - 1.044Ω |
Kipas ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.