Tuesday 3 September 2024

Bypass switch

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana 'bypass' suis pada peralatan elektrik jika diperlukan atas sebab tiada alat ganti serta tidak memudaratkan atau merbahayakan pengguna.

Suis yang saya 'bypass' kali ini ialah pada sebuah kereta elektrik kanak-kanak yang pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Buka steering untuk keluarkan dashboard...

Menurut pemilik, masalah yang sering berlaku ialah suis maju (forward) serta undur (reverse) sering tidak berfungsi bila diubah. Masalah yang dihadapi kali ini ialah tiada alat ganti yang serupa dan pemilik meminta untuk 'bypass' agar hanya boleh bergerak maju (forward) sahaja.

Sambungan pada belakang suis...

Gambar di atas ialah wayar yang disambung ke suis tersebut dan telah saya labelkan. Untuk 'bypass' dan kereta hanya boleh bergerak 'forward' sahaja, saya sambungkan wayar berwarna coklat & hijau bersama.

Jika anda berhajat untuk 'bypass' dan kereta hanya boleh bergerak 'reverse' sahaja, sambungkan bersama wayar coklat & biru.

Sambungkan bersama wayar hijau & coklat...

Kedua-dua wayar harus ditanggalkan dari suis sebelum digabungkan bersama untuk mengelak berlaku litar pintas jika tombol dilaras semula.

Balut sambungan...

Klip video di bawah dihantar oleh pemilik kepada saya dan ianya telah diuji berfungsi tanpa masalah.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.