Sunday 2 June 2024

E2 on disposable vape (battery faulty)

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki berkaitan dengan vape dan anda boleh rujuk di sini.

Jumpa vape terburai...

Baru-baru ini saya menemui sebahagian vape pakai buang yang telah terburai sewaktu berjogging seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah saya pasang semua komponen yang ada kecuali elemen pemanas (heater), ianya boleh dihidupkan bila disambung kepada pengecas namun menghasilkan kod E2 seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

600mAh battery...

Pemeriksaan awal menggunakan multimeter pada bateri lithium mendapat bacaan voltannya kurang dari 1v. Voltan bateri lithium yang elok ialah di antara 3.2v sehingga 4.2v.

0.244v sahaja...

Saya telah cuba melakukan pengecasan secara manual pada bateri tersebut namun tidak berhasil dan ianya disahkan rosak.

Cara mengenalpasti bateri lithium elok atau sebaliknya pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Gantikan bateri...

Seterusnya saya gantikan bateri tersebut yang rating asalnya 600mAh dengan sebiji bateri yang ratingnya sedikit tinggi iaitu 650mAh dan masalah selesai.

68% - charging...

Saya tidak merokok mahupun vaping namun saya akan kutip setiap benda yang ditemui melibatkan elektronik. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan selain ingin mengetahuinya lebih lanjut. Dalam masa yang sama, mungkin komponen yang ada boleh dijadikan alat ganti.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.