Saturday 8 June 2024

Dekoder Astro padam bila dapat siaran

Hari ini saya kongsikan satu pengalaman baru dirujuk dekoder astro model DS830NA dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Dekoder akan padam setiap kali mendapat siaran. Pemeriksaan awal pada papan litar mendapati 1.2v tersangat rendah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bacaan 1.2v sangat rendah...

Setelah saya gantikan kapasitor yang membekalkan 1.2v iaitu C2910, masalah tetap sama. Seterusnya saya cuba gantikan kapasitor berdekatan iaitu C2904 (470uf, 16v) dan masalah selesai.

Gantikan kapasitor C2904...

Setelah dekoder diuji tanpa sebarang masalah lagi, saya gantikan kembali kapasitor asal C2910 dan ianya juga berfungsi tanpa masalah. Jadi masalahnya ialah pada kapasitor C2904 dan bukannya C2910.

Kapasitor C2904 telah diganti...

Saya tidak menemui sebarang masalah pada kapasitor C2904 yang telah diganti dengan menggunakan multimeter mahupun meter ESR namun kenapa bermasalah bila dipasang kepada papan litar?

60°C

Kemungkinan kapasitor hanya akan bermasalah apabila telah panas. Suhu heatsink pada dekoder dalam keadaan standby ialah kira-kira 50°C, mencecah 60°C sewaktu menonton siaran dan boleh mencecah hampir 70°C jika dalam keadaan tertutup.


Kadang-kadang kita tidak menemui punca kerosakkan dan terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error) seperti di atas.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.