Friday, 24 May 2024

Hutang Kad Kredit HLB

Pada cuti thaipusam (25/01/2023) lepas saya telah menerima sms dari Hong Leong Bank seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sms dated 25/1/2024 @ 18:00hrs

Saya ada memiliki sekeping kad kredit mereka dahulu namun telah tamat sah laku pada December 2017 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

S
Valid from 2009 till 12/17

Seingat saya ianya tidak diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut dan tiada lagi bil dihantar kepada saya.

Saya juga pasti tiada sebarang hutang lagi sebab saya akan bayar penuh setiap kali menerima bil.

sms dated 30/01/2024 @ 16:19hrs

Beberapa hari selepas itu saya ada menerima panggilan yang memperkenalkan diri dari Hong Leong Bank dan saya tidak mahu memberi maklumat yang dipinta untuk pengesahan sebab saya tidak yakin serta risau ditipu/scam.

Saya mencadangkan kepada mereka agar meneruskan tindakan undang-undang jika perlu.

Sehingga blog ini ditulis, tiada sebarang tindakan undang-undang saya terima dan saya yakin ianya tidak akan berlaku berdasarkan logik saya berikut:-

  1. Saya yakin tiada lagi hutang tertunggak kad kredit tersebut berikutan tidak menerima sebarang bil menyatakan ada tunggakan.
  2. Jika benar saya ada hutang (outstanding), bank biasanya akan terlebih dahulu menghubungi saya dan bukannya memaklumkan melalui sms  tindakan telah diambil.
  3. Sehingga kini saya telah menempuhi kehidupan harian selama kira-kira 30 tahun tanpa sebarang hutang. Sebarang bayaran yang menggunakan kad kredit sebelum ini pasti saya langsaikan penuh setelah menerima bil.
  4. Saya tidak pernah membayar bayaran minima (minimum payment) sahaja sepanjang memiliki kad kredit kecuali sewaktu menjalani rawatan pembedahan LASIK.

Sebelum ini saya pernah mendapat bil tunggakan CIMB minta bayar walaupun kad telah lama luput serta tidak diperbaharui dan anda boleh rujuk di sini.

Untuk pengetahuan semua, saya telah lama tidak menggunakan kemudahan kad kredit dan kini hanya menggunakan kad debit sahaja.

Kad kredit bagi saya sebenarnya adalah 'future money' dan jika tidak digunakan dengan berhemah akan berakhir dengan hutang keliling pinggang. Berbelanja lah ikut kemampuan dan kad debit adalah pilihan terbaik agar tidak terlebih berbelanja.

Kesimpulan saya untuk kali ini ialah, kebarangkalian sangat tinggi ianya adalah kerja scammer.

Jika benar pun ianya panggilan dari bank, saya juga yakin ianya bukan hutang saya. Kemungkinan berikutan saya tidak membatalkan kad tersebut sistem bank masih mengenakan cas tahunan (annual fee), service tax serta faedah bank.

Saya juga yakin ianya mudah ditangani jika ianya transaksi selepas tarikh luput kad kredit dan pihak bank gagal memaklumkan kepada saya melalui penyata bulanan.

Saya akan kemaskini semula jika ada sebarang perkembangan lanjut selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.