Monday, 31 July 2023

Palam pencucuh (spark plug) kereta Perodua Kelisa

Kali terakhir saya menggantikan palam pencucuh ialah pada 15/01/2014 iaitu 9 tahun yang lepas.

Periksa setiap 20 ribu kilometer...

Menurut buku panduan, palam pencucuh harus diperiksa setiap 20,000km dan ditukar jika perlu.

NGK BKR5E-11

Palam pencucuh yang disarankan pada buku panduan ialah BKR5E-11, jenama NGK.

Palam pencucuh lama...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan palam pencucuh elok dan telah haus.

Palam pencucuh elok...

Memandangkan ianya telah bertahun-tahun tidak ditukar, saya telah gantikan dengan palam pencucuh serupa dan perubahan yang ketara setelah palam pencucuh ditukar ialah daya pecutan kereta lebih bertenaga.

Sekiranya anda bercadang menukarkannya kepada jenama lain selain NGK seperti jenama DENSO, nombor rujukannya ialah K20R-U11.

Made in Japan
Untuk pengetahuan semua, walaupun buku panduan tertera palam pencucuh yang diperlulan BKR5E-11, saya telah menggunakan BKR6E-11 buatan jepun sejak 2014 sehingga ditukar baru-baru ini.

Kali terakhir ditukar - 15/1/2014

Selamat berDIY...

Friday, 28 July 2023

Audiobahn AB-10AWDsubwoofer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah subwoofer berjenama Audiobahn, model AB-10AWD dengan masalah boleh dihidupkan namun tiada suara.

Audiobahn AB-10AWD

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk woofer yang hampir serupa seperti ini namun jenama yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

Model: AB-10AWD

Setelah dibuka, pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar tidak menemui sebarang kerosakkan.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan berakhir setelah mendapati bahawa salah satu sambungan ke speaker telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sambungan speaker tanggal...

Masalah selesai dan subwoofer ini kembali berfungsi semula hanya dengan menyambung kembali sambungan yang tanggal di atas.

Selamat berDIY...

Tuesday, 25 July 2023

SHARP R-208E microwave repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk microwave seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

SHARP R-208E

Masalah microwave ini sewaktu dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: R208-E

Pemeriksaan awal mendapati fius utama dengan nilai 6.3A putus. Selain fius, mentol 25w juga terbakar.

Mentol 25W terbakar...

Punca yang mengakibatkan fius putus ialah disebabkan kerosakkan pada HV diode dengan label ESJC15-10.

Semua komponen yang rosak...

Gambar di atas adalah kesemua komponen yang rosak telah saya gantikan dan microwave ini telah berjaya diselamatkan dan masih kembali berfungsi semula.

Testing...

Selamat mencuba...

Saturday, 22 July 2023

MYTV channel 105 (TV5)

Suatu ketika dahulu, saluran 105 pada MYTV dilabel sebagai drama sangat namun telah dihentikan pada april 2022.

TV5 (Enjoy TV)

Baru-baru ini saluran 105 telah kembali semula dengan label TV5 atau 'enjoy TV5' sebagai saluran percubaan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sila kemaskini saluran MYTV dengan melakukan carian automatik atau carian manual pada dekoder MYTV anda untuk dapatkan siaran 105 semula.

Semalam saya sempat menonton dua tayangan cerita 'final score' & 'wolf warrior 2' di saluran 105.

Selamat menonton...

Wednesday, 19 July 2023

SONY KDL-55W650D LED TV repair

Beberapa minggu lepas saya telah dirujuk sebuah TV berjenama SONY, model KDL-55W650D dengan masalah langsung tidak berfungsi selepas dibekalkan arus elektrik.

SONY KDL-55W650D="text-align: center;">

Menurut pemilik, TV ini gagal berfungsi setelah bunyi letupan kedengaran sewaktu menonton TV.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui fius dengan rating 5A sahaja yang putus pada papan litar PSU (Power supply unit).

Gantikan fius 5A...

Memandangkan tiada komponen lain yang rosak ditemui selain fius, saya telah gantikan fius sahaja namun sewaktu mengujinya, satu letupan kecil telah berlaku namun fius yang ditukar tidak putus.

Perintang R8801 (0.1Ω) putus...

Komponen yang meletup tersebut ialah perintang 0.1Ω terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kapasitor 101K = 100pf (litar pintas)

Pemeriksaan pada komponen yang berdekatan juga mendapati sebiji kapasitor dengan label 101K turut meletup dan mengalami litar pintas

Kapasitor rosak - litar pintas

Semua komponen yang rosak ditemui ialah:-

  1. Fius 5A
  2. Sebiji mosfet K10A50D
  3. Sebiji perintang 0.1Ω
  4. Sebiji kapasitor seramik 100pf (101k)
Gantikan semua komponen rosak...

Gambar di atas adalah kesemua komponen rosak telah saya gantikan dengan yang baharu selain fius 5A.

Sebagai langkah keselamatan, saya gantikan fius dengan menggunakan sebiji mentol 60W dan mentol hanya menyala sekejap sahaja sewaktu suis dihidupkan seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Ujian ini mengesahkan tiada lagi litar pintas pada papan litar.


Seterusnya saya pasang papan litar kembali ke TV dan mentol berkelip-kelip sewaktu diuji. Lampu berkelip-kelip sebab gagal dihidupkan berikutan bekalan elektrik tidak mencukupi sebab rintangan mentol 60W yang sangat tinggi.

Tested - ok

Masalah selesai setelah mentol yang saya gunakan sebagai 'current limiter' ditukar kepada fius 5A semula.

Selamat berDIY...

Sunday, 16 July 2023

Weak or No Signal - DS830NA ASTRO decoder

Hari ini saya telah dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah boleh dihidupkan namun paparan pada TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Weak or No Signal...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui sebiji kapasitor berlabel C4105 dengan nilai 47uf, 25v mempunyai bacaan ESR tinggi dari sepatutnya.

Kapasitor C4105 rosak

Bacaan ESR kapasitor dengan nilai 47uf, 25v yang elok seharusnya tidak lebih dari 0.9Ω dan bacaan yang saya dapat ialah 8.5Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

High ESR - 8.5Ω

Masalah 'Weak or No Signal' selesai setelah kapasitor C4105 telah saya gantikan dengan yang baharu.

Testing - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 13 July 2023

Milwaukee M12-18FC rapid charger repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk alat pengecas berjenama Milwaukee, model M12-18FC dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: Milwaukee

Dewasa ini, jenama Milwaukee sangat popular dan setanding dengan jenama buatan Jepun seperti MAKITA serta HITACHI, suatu ketika dahulu.

Model: M12-18FC

Saya diberitahu Milwaukee adalah jenama buatan Amerika namun jelas tercatat pada label ianya dibuat atau mungkin dikilangkan di negara China (Made in China).

Keluarkan diod D2 yang mengalami litar pintas...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui sebiji diod dengan label D2 pada papan litar mengalami litar pintas dan nombor rujukannya ialah SBT40150ACT seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

SBT40150ACT (40A, 150v diode)

Masalah gagal berfungsi pada pengecas ini selesai setelah diod tersebut telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Lampu indikator pada pengecas hanya akan menyala setelah bateri diletak kepada pengecas.

Checking - 18v

Lampu merah menyala menandakan bateri sedang dicas dan akan bertukar hijau serta berkelip-kelip. Lampu hijau akan berhenti berkelip-kelip setelah baterinya telah penuh dicas.

Testing...

Selamat berDIY...

Tuesday, 11 July 2023

DIY baiki saluran air (gutter) bocor

Palung air hujan atau saluran air di rumah saya telah lama bocor seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kebocoran adalah disebabkan telah berkarat pada bahagian penyambung paip sahaja.

Bocor sebab telah berkarat...

Apa yang saya lakukan untuk menutup bahagian yang bocor tersebut ialah potong sekeping spandex yang sedikit besar dari saiz kebocoran dan buat bentuk serupa seperti saluran air asal.

Tampung kebocoran dengan kepingan Spandex...

Lubang ditengah saya tebuk sedikit kecil dari saiz bahagian dalam paip (3 inci) dan digam dengan menggunakan 'roof sealant' dari bahagian luar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Roof sealant...

Selamat berDIY...

Saturday, 8 July 2023

Backlight meter TOYOTA fortuner tidak menyala

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah lagi 'instrument cluster' atau meter kereta TOYOTA fortuner dengan masalah lampu backlight langsung tidak menyala dan lampu jarum pula berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Benda pertama yang saya nampak pada bahagian belakang meter ialah perkataan 'repair' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya paling takut bila dirujuk peralatan elektrik atau elektronik yang telah dibaiki seseorang sebab kita tidak tahu apa yang telah mereka lakukan.

24/06/2005

Setelah dibuka dan diperiksa, benda pertama yang saya dapati bermasalah ialah kapasitor berlabel C11 (330uf, 25v) yang terminal positif telah tanggal dari papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terminal positif kapasitor C11 tanggal...

Terminal positif kapasitor tersebut sebenarnya telah terkoyak dari papan litar dan saya terpaksa buka serta betulkan litar dahulu sebelum memasang kembali kapasitor ke kedudukan asal.

Terminal positif kapasitor C11 telah dibaiki...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar menemui kesemua kapasitor aluminium rosak dengan bacaan ESR yang tinggi.

Kapasitor yang rosak ialah:-

  1. 3 biji kapasitor 10uf, 35v (C16, C129 & C12)
  2. 4 biji kapasitor 100uf, 16v (C25, C37, C60 & C18)
Gantikan semua kapasitor yang 'high ESR'...

Banyak meter kereta TOYOTA seperti ini telah saya baiki sebelum ini namun tanpa kapasitor C18. Ini merupakan meter pertama yang saya baiki dilengkapi dengan kapasitor tersebut dan nilainya ialah 100uf, 16v.

Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kapasitor yang rosak boleh ditonton pada klip video di bawah


Selamat berDIY...

Wednesday, 5 July 2023

PiRO MW-88 PSU repair

PSU (power supply unit) ini telah saya gantikan dengan menggunakan transformer serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

PSU - PiRO MW-88

'Power supply' pada amplifier tersebut telah saya gantikan dengan menggunakan transformer sebab pemilik nak cepat saya saya tiada bekalan alat ganti.

Nombor rujukan pada papan litar - E016-049-R4

Hari ini saya telah dapat bekalan alat ganti dan komponen yang rosak serta telah saya gantikan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji fius 2A
  2. Sebiji bridge rectifier KBP210
  3. Sebiji mosfet EPS3568 (10N60)
  4. Sebiji transistor C945
Komponen yang rosak...

PSU ini berjaya diselamatkan dan voltan output yang saya dapat setelah dibaiki ialah 12.94vdc.

Testing - 12.94vdc

Keterangan lanjut pengalaman membaiki PSU ini boleh ditonton pada klip video di bawah. Untuk rekod, amplifier ini menggunakan 4 biji IC dengan label TDA7240 pada sistem audionya.

Selamat berDIY...

Monday, 3 July 2023

KICKER Impulse 354xi power amplifier repair

Power amplifier ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah sama iaitu lampu indikator tidak bertukar ke warna hijau seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

KICKER Impulse 354xi

Perbezaan kali ini dengan dua tahun lepas ialah lampu indikator berwarna hijau muncul sekejap sahaja dan kembali menjadi merah semula.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji perintang berlabel R24 pada papan litar terbakar. Mosfet disebelahnya juga mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang & IRFZ44 rosak...

Nilai perintang yang terbakar ialah 100Ω dan setelah kedua-dua komponen tersebut saya gantikan serta diuji, masalah tetap sama dengan lampu indikator merah tidak bertukar menjadi hijau.

Transistor B778 juga rosak...

Pemeriksaan seterusnya menemui sebiji transistor B778 turut mengalami litar pintas. Setelah transistor ditukar dan diuji, lampu indikator kini boleh bertukar ke warna hijau seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Apabila saya sambungkan amplifier kepada speaker untuk diuji, saya dapati salah satu channel menghasilkan bunyi serak serta tidak nyaring. Pemeriksaan pada bahagian pre-amplifier mendapati sebiji IC (integrated circuit) dengan label KIA4559P rosak dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di bawah.

KIA4559P juga rosak...

Komponen-komponen yang rosak kali ini ialah:-

  1. Sebiji perintang - 100Ω
  2. sebiji mosfet -  IFRZ44
  3. Sebiji transistor - B778
  4. Sebiji IC - KIA4559P
Semua komponen yang telah ditukar...

Klip video di bawah saya rakam setelah kesemua komponen di atas telah saya gantikan serta diuji.

Selamat mencuba...