Sunday, 25 September 2022

Rambut panjang CoVid-19

Kali terakhir saya menggunting rambut ialah kira-kira dua tahun yang lepas dan telah saya kongsikan di sini.

24/09/2022

Setelah dua tahun tersimpan rambut sebab takut ke kedai gunting rambut sewaktu pandemik CoVid-19 menular seluruh pelusuk dunia, semalam saya telah gunting rambut panjang saya.

Panjang rambut yang berjaya saya simpan boleh dilihat pada gambar di atas. Ini merupakan rambut yang terpanjang pernah saya simpan sejak lahir sehingga semalam.

24/09/2022 (sebulum digunting)

Kini saya faham kenapa ramai perempuan memilih untuk berambut pendek sebab nak jaga rambut bukan kerja yang senang.

Banyak kekangan yang perlu diharungi dan sewaktu permulaan menyimpan rambut adalah paling mencabar. Antara cabarannya ialah:-

  1. Air masuk telinga sewaktu mandi dan boleh menyebabkan jangkitan kuman 
  2. Kos memotong rambut setiap bulan lebih murah berbanding kos membeli pencuci rambut (shampoo) sewaktu rambut panjang
  3. Sewaktu mula simpan rambut, nak ikat pun tak dapat sebab tak cukup panjang dan berserabut bila ditiup angin 
  4. Bilik mandi sumbat sebab rambut yang gugur sewaktu mandi/cuci rambut terperangkap pada 'floor trap' 
  5. Rambut panjang harus diikat sewaktu turun kerja supaya nampak kemas. Jika pengikat rambut putus atau hilang boleh gila dibuatnya...
  6. Termakan rambut sendiri sewaktu makan jika rambut tidak diikat 
  7. Banyak masa terbuang untuk keringkan rambut yang basah
20/12/2021

Untuk pengetahuan semua kos menggunting rambut kini juga semakin mahal selepas pandemik CoVid-19 melanda dunia. Dulu RM5 sahaja untuk gunting rambut namun kini telah dinaikkan menjadi RM7.

Jika ke kedai gunting rambut, harganya kini mencecah belasan ringgit hingga puluhan ringgit. Kedai gunting yang beroperasi tidak jauh dari rumah saya mengenakan cas seperti berikut:-

  1. RM10 untuk pelajar berusia 12 tahun ke bawah 
  2. RM13 untuk pelajar 12 tahun ke atas 
  3. RM13 untuk cukur botak 
  4. RM15 untuk dewasa 

Saya tidak pasti berapa harganya jika mengunjungi kedai salon berhawa dingin yang dibuka di pasaraya (shopping mall).

15/6/2021

Sewaktu saya di bangku sekolah, rambut saya digunting percuma setiap bulan oleh datuk saya.

Setelah datuk meninggal dunia, saya mula menggunting rambut di kedai gunting dengan harga RM3 sahaja.

Saya banyak kali terkena kos menggunting rambut 3 kali ganda dari biasa sewaktu dekat perayaan tahun baharu cina.

Saya juga perasan, ramai wanita berambut panjang sewaktu bujang dan memotong pendek setelah berumah tangga. Bila telah berusia atau berpangkat nenek, majoriti akan mengkerintingkan rambut mereka. Kenapa?

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.