Wednesday, 10 August 2022

Butang dekoder astro DS830NA tidak berfungsi bila ditekan

Dekoder ini telah saya baiki kira-kira sebulan yang lepas dan anda boleh rujuk di sini.

Proses BOOT tidak selesai...

Kali ini dia kembali dengan beberapa masalah iaitu:-

  1. 3 butang pada dekoder tidak berfungsi apabila ditekan
  2. Setelah selesai proses BOOT siaran pada layar sering kaku
  3. Kadang-kadang setelah 'reboot', proses berakhir pada dua biji LED menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Voltan 1.8v sedikit rendah...

Walaupun butang tidak berfungsi bila ditekan, tetapi butang (tact switch) masih elok setelah diperiksa dengan multimeter.

Pemeriksaan voltan pada inductors mendapati voltan 1.8v sedikit rendah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

Setelah kapasitor berdekatan seperti telah saya tandakan pada gambar di atas saya gantikan serta diuji, masalah bertambah teruk dan dekoder pula langsung gagal berfungsi.

ESR = 0.75Ω

Pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji lagi kapasitor dengan nilai yang sama juga bermasalah dan gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan kapasitor yang rosak apabila diuji dengan 'tester'.

Walaupun nilai kapasitan masih elok namun bacaan ESR tinggi dan menjadi punca kenapa dekoder bermasalah serta gagal berfungsi. Bacaan ESR untuk 'low ESR capacitor' dengan nilai 470uf, 10v ialah tidak lebih dari 0.24Ω.

ESR = 1.4Ω

Gambar di bawah menunjukkan lokasi kedua-dua kapasitor yang telah saya gantikan dengan yang baharu.

Komponen yang ditukar...

Kesemua masalah di atas selesai setelah kedua-dua kapasitor di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.