Tuesday, 14 June 2022

ALCAD CA-720 repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV booster berjenama ALCAD, model CA-720 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

ALCAD CA-720

Setelah penutup belakang dibuka, sebiji kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah telah kembung dengan nilai 470uf, 50v dan harus ditukar.

Setelah penutup bawah dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar juga menemui fius 1.6A putus selain sebiji kapasitor yang kembung.

Siap...

TV booster ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kedua-dua komponen yang rosak telah saya gantikan:-

  1. sebiji fius 1.6A
  2. sebiji kapasitor 470uf, 50v
Komponen yang rosak...

Saya tidak pasti apa punca kerosakkan TV booster ini dan saya yakin kapasitor yang kembung bukan punca fius putus.

Tested - ok

Litar ini juga dilengkapi dengan sebiji varistor pada bahagian bekalan input untuk keselamatan jika ada 'voltage surge'. Varistor tersebut masih elok ketika diperiksa dan biasanya akan meletup jika rosak.

15v

Contoh kerosakkan yang melibatkan varistor pernah saya kongsikan sebelum ini ialah pada 'water heater', 'dosing pump' dan 'dimmer'.

24v

Kemungkinan fius putus disebabkkan ada 'voltage surge' dan varistor telah menjalankan fungsinya dengan menghasilkan rintangan yang mencukupi untuk memutuskan fius sahaja.

Kapasitor 470uf, 50v yang rosak...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.