Kebelakangan ini saya banyak dirujuk LED driver untuk dibaiki dan bermacam-macam jenama serta model telah saya baiki.
| LuxeLAB LED driver |
Hari ini saya kongsikan sebiji LED driver berjenama LuxeLAB dengan masalah langsung tidak berfungsi serta tiada voltan output.
| Setelah penutup dibuka... |
Biasanya setelah dibuka, benda pertama yang saya akan periksa ialah fius atau perintang yang bertindak sebagai fius seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah dan ianya putus.
| Perintang 1Ω putus... |
Nilai perintang yang digunakan ialah 1Ω namun saya tiada bekalan dan digantikan dengan sebiji fius 1A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
| Gantikan dengan fius 1A |
Percaya atau tidak, LED driver ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji perintang 1Ω yang putus dengan fius 1A sahaja.
| Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.