Friday, 11 March 2022

Masalah LED driver murah

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki LED driver yang rosak setelah hanya beberapa minggu sahaja digunakan.

LED driver (4 - 7w)

Banyak LED driver telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan kesemuanya boleh bertahan beberapa tahun. Majoriti kerosakkan adalah disebabkan komponen 'wear & tear' yang telah tiba dipenghujung hayat dan setelah diganti ianya masih boleh digunakan semula.

Kapasitor output rosak...

Kali ini saya telah dirujuk 5 biji LED serupa dengan masalah serupa iaitu hanya mampu bertahan beberapa minggu sahaja digunakan. Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor output dengan nilai 22uF, 50v sahaja yang rosak.

Kapasitor rosak - OL

Kelima-lima LED driver tersebut berjaya diselamatkan setelah kapasitor outputnya saya gantikan dengan 47uF, 50v.

Gantikan dengan kapasitor 47uF, 50v

Inilah masalah barangan yang terlalu murah ada di pasaran. Ianya murah sebab tidak menggunakan komponen yang bersesuaian serta di bawah rating sepatutnya.

Siap (RM12 sebiji)...

Jangan salahkan penjual sebab permintaan barangan sebegini sangat tinggi dan apa yang pengguna dapat ialah barangan yang tidak berkualiti.

ESR =0.15kΩ/150Ω (High ESR)

Kata orang, '一分钱一分货'. Jangan menaruh harapan yang tinggi pada barangan yang terlalu murah dan bersedia untuk berbelanja lebih.

Tested - ok

Jadi lah pengguna yang bijak dan beli barangan yang berkualiti...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.