Tuesday, 8 February 2022

LG 29FU1RLX-T1 CRT TV repair

TV jenis CRT kini hampir pupus dan jurutenik sekarang ramai yang tidak tahu membaikinya lagi.

Ini sahaja imej pada layar...

Masalah TV seperti boleh dilihat pada gambar di atas pernah saya baiki dan kongsikan sebelum ini di sini.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Masalah sedemikian adalah pada 'vertical section' iaitu melibatkan sebiji ic dengan nombor rujukan LA78141.

Kapasitor kembung...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor berdekatan dengan LA78141 kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Nilai kapasitor yang kembung tersebut ialah 1000uF, 25v dan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat cuma 435uF sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

435uF sahaja...

TV CRT ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah menggantikan sebiji kapasitor yang kembung sahaja pada 'vertical section'.

Tested - ok

Selamat mencuba....

1 comment:

  1. Thanks for sharing such valuable insights on TV repair! If anyone in Electronic City is facing issues with their TV, I highly recommend checking out Sony TV Repair Electronic City services. They provide quick and professional solutions to ensure your Sony TV is up and running in no time. Quality service is a must when dealing with high-end electronics, and Sony specialists in Electronic City are experts you can rely on!

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.